Product Review

ARMOR 8 & ARMOR 8+ Dapat Melindungi Anak-anak Daripada Bakteria Yang Bahaya

11:11 PM

Sebagai seorang ibu amatlah menitik beratkan kepentingan kebersihan terhadap diri anak-anak yang tengah membesar. Kadang-kadang tu kita bukannya 24 jam dengan mereka, jadi kita haruslah mencari satu produk untuk anak-anak mencegah daripada persekitaran yang bebas dari kuman kepada mereka. Sekarang banyak kes HFMD yang telah berleluasa di negara kita dan ia amatlah merisaukan mama dengan keadaan seperti ini.


Dulu kalau nak mematikan kuman mesti kita akan menggunakan cara lama seperti membasuh dengan antiseptic, menjemur dan membersih sehingga ia bersih. Tapi korang tahu dengan cara ini kita tidak nampak segala kuman yang terdapat pada barang tersebut dengan melalui mata kasar. Jadi mama diperkenalkan dengan satu produk yang mampu membunuh bakteria dengan menggunakan kids spray Armor 8+.

Kids Spray Armor 8+ ini diformulasi dari teknologi Jepun yang dirumus khas untuk membunuh kuman, bakteria, bau dan virus dengan cepat sambil mengekalkan kesannya selama 30 hari. Formulasi hebat ini bertindak balas dengan cahaya matahari atau lampu untuk membunuh kuman dan penyakit berjangkit serta ia terbukti report mengatakan boleh menghapuskan virus dari HFMD.


Selain daripada menghapuskan HFMD, Kids Spray Armor 8+ ini juga memberi persekitaran bebas kuman kepada kanak-kanak yang kerap mengalami allergic yang mengerikan seperti ruam kulit, gatal mata dan bersin. Ia dirumuskan dengan formula tidak beracun, tidak berbau serta selamat untuk kanak-kanak dan bayi. Malah ia sangat baik untuk barangan dan kawasan kecil untuk melindungi anak-anak kita.

Untuk pengetahuan semua, Kids Spray Armor 8+ ini telah diuji secara klinikal dan terbukti disahkan oleh beberapa makmal ujian yang terkenal dengan kadar pembunuhan sebanyak 99.9999% untuk bakteria dan 99.98% untuk virus dalam tempoh yang singkat. Antara barang-barang yang dapat melindungi bakteria daripada anak-anak seperti :-
  • Buku
  • Katil Bayi
  • Mainan Bayi
  • Stroller
  • Car Seat
  • Meja dan kerusi
  • Pemegang Pintu
  • Troli Mall
  • Bag Sekolah
  • Dan lain-lain lagi
Untuk penggunaan Armor 8+ ini sangat mudah untuk digunakan dan yang penting tidak perlu nak basuh menggunakan air tau. Hanya lap permukaan yang hendak di spray, kemudian spray dan lap permukaan tersebut. Keringkan permukaan yang di spray untuk steril dan ia memberi perlindungan sehingga 30 hari. Dengan sebotol 60ml Armor 8 boleh spray sehingga 160 spray manakala Armor 8+ pula 150ml boleh spray sekitar 500 spray.



Setelah mama menggunakan spray ni memang ternyata barang dan udara rasa bersih dan mama tidak perlu risau dengan kesihatan anak-anak mama ketika mereka aktif di rumah dan di luar. Yang paling mama suka adalah bau Armor 8+ ini walau ia tak berbau tapi sangat menyegarkan selepas disembur.  Mama pun dah kurang bersin kalau tidak setiap pagi mesti mama akan bersin. Bukan sahaja kegunaan untuk barang mainan anak-anak malah mama juga menggunakan Armor 8 & Armor 8+ ini pada semua permukaan dalam rumah dan juga barangan peribadi mama. Yang paling penting sangat mudah digunakan hanya sembur dan lap sahaja dapat membunuh kuman dan bakteria bahaya di sekitar rumah.


Mama sarankan setiap rumah memerlukan sebotol Armor 8+ untuk melindungi anak-anak serta memberikan persekitaran bebas kuman dan bakteria kepada mereka. Jadi kita sebagai ibu bapa harus ada kesedaran bagi melindungi anak-anak supaya kita dapat mengelakkan penyakit berjangkit yang bahaya di kemudian hari. Bagi yang ingin dapatkan produk Anti bacteria nano spray Armor 8 & Armor 8+ yang terhebat ini boleh dapatkan di senarai runcit Armor 8 dan ingin mengetahui report ujian makmal bagi produk Armor 8+ ini boleh layari www.armor8.com.my/test%20reports.html

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook