Sempena sambutan Deepavali yang akan bakal menjelang tiba tidak lama lagi, The Chicken Rice Shop (TCRS) kembali dengan menu terbaru hidangan yang pedas dan enak, lagi diperkayakan dengan rempah ratus yang menambahkan aroma serta menambat hati rakyat Malaysia dari 21 September 2020 hingga 15 November 2020.
Semarak sambutan Deepavali kian terasa di TCRS dengan tawaran hidangan iaitu Flaming Koli yang lazat sangat sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Menu terbaru ini diinspirasi dari masakan India yang kaya dengan aroma dan rempah ratus yang memain peranan dalam penyediaan Flaming Koli. TCRS dengan teliti mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Menariknya Flaming Koli dengan menyatukan rempah asli masakan India yang membangkitkan selera rakyat Malaysia. Siapa cuba sekali, pasti nak lagi!
Kata Ketua Pemasaran TCRS, iaitu June Song menyatakan bahawa walaupun ada di antara kita yang mungkin tidak mempunyai masa untuk memasak, namun kita masih menginginkan keenakan masakan rumah terutamanya waktu musim perayaan.
"Deepavali adalah masa untuk memberi dan berkongsi bersama yang tersayang. Perayaan ini melambangkan kegembiraan dan oleh itu, TCRS tidak sabar untuk meraikan perayaan ini dengan menyediakan hidangan khas Deepavali untuk dinikmati semua," ujar June.
"Kami faham yang ia mungkin agak mencabar untuk mendapatkan sukatan rempah ratus yang tepat untuk menghasilkan masakan India yang lazat, oleh itu kami berusaha untuk memudahkan orang ramai untuk menikmati menu istimewa ini dengan selesa dan mudah. Kami harap hidangan ini akan meningkatkan selera para peminat sambil membangkitkan kenangan indah buat semua.”
Kalau korang tengok menu edisi terhad ni memang kena selera tekak mama coz mama memang hantu pedas tapi pedas-pedas Flaming Koli ni tapi rasa manis so sangat sedap dihidangkan dengan nasi The Chicken Rice Shop pasti membangkit selera.
TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai.
Bagi mama hidangan edisi terhad sempena Deepavali ini memang sangat sesuai untuk rakyat Malaysia yang sukakan pedas tapi dalam masa yang sama rempah ratus Flaming Koli ini sangat kena dengan tekak mama. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan untuk satu set hidangan tu dan seriously kenyang. Bagi yang sukakan pedas mama recommended untuk mencuba menu Flaming Koli ini di restaurant The Chicken Rice Shop yang berdekatan. Oh ya untuk hidangan istimewa ini hanya dari 21 September 2020 sehingga 15 November 2020 sahaja. So jangan lepas peluang untuk mencuba menu Flaming Koli ni tau. Kalau tak dapat raya Deepavali ni nampaknya kena tunggu tahun hadapan lah.
Apa tunggu lagi dah jom ajak kawan-kawan serta keluarga untuk mencuba menu Flaming Koli ini. Mama yakin pasti korang akan repeat makan lagi sebab memang sedap! Mama sendiri pun nak makan lagi lepas ni. Terbaik la TCRS buat menu untuk rakyat Malaysia yang sukakan rempah pedas tapi sedap!
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Website : www.thechickenriceshop.com
Facebook : www.facebook.com/thechickenriceshop
Instagram : www.instagram.com/thechickenriceshop
Love,