Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang
amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara
pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan
masyarakat awam.
Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan
kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan
kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam
Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang
lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan
hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan
selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil
bahagian.
Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan
dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ
Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna
Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.
Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh
Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada
mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 172 kanak-kanak dari Pusat
Jagaan Hajjah Fatimah Abdullah, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa,
Persatuan Rumah Sayangan, Persatuan Rumah Kanak - Kanak Di Sayangi, dan Lighthouse
Children Welfare Home Assoc.
Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini
memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000
individu dari 539 rumah amal dan NGO.
“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan
kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi
pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar
ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan
memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar
berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa
sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan
berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian.
Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000
dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).” ujar Cik Chin.
Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu
yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk
Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan.
Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-
kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas
Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.
Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna
memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi
Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3
membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat;
menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan
perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak
kanak-kanak.
Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya
berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang
mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian
karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan
saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu
amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.
“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh
itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang
penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat,
khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan
dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik
Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.
Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari
setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh.
Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi
kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga
akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.
Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia
18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah
memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.
“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan.
Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan
kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi
permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana
pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam
Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat
mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya
dan dapat membimbing yang lain”.
Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah
video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam
Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh
Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan
mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai
pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan
simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.
“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang
acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila
kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel
#SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga
menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin
menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada
Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat
gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya
pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™
kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Puan Norhayati of
Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.
“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat,
tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan
memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya
menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.
Untuk lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program
#AyamFutureCreator, layari laman www.ayambrand.com.my atau www.facebook.com/ayambrandmalaysia.
Love,