Pembukaan Ke-4 Outlet LuLu GROCER Di Amerin Mall, Seri Kembangan

7:11 PM

Kalau sebut sahaja LuLu pasti orang tau dah kan tempat apa. Of coz la tempat shopping yang sangat best, awesome dan harga murah di Malaysia. Oh ya LuLu sekarang dah mempunyai 4 cawangan yang baru di buka sekitar Seri Kembangan Selangor iaitu LuLu Grocer. Tahniah LuLu kerana tambah lagi satu cawangan baru selepas pembukaan cawangan di Setia Alam. 


Yang menariknya tentang LuLu Grocer ni berkonsepkan beli-belah barangan keperluan secara selesa, pantas dan mudah. Jadinya bagi penduduk Balakong, Seri Kembangan dan mereka yang tinggal berhampiran Amerin Mall boleh lah shopping barang keperluan asas di sini. LuLu Grocer mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barangan keperluan lain.


Sesiapa yang pernah datang membeli-belah disini pasti tahu keadaan dalam kawasan LuLu. Yer LuLu terkenal dengan kebersihan, ruang membeli-belah yang luas, selesa dan harga terbaik. Di LuLu Grocer Amerin Mall juga turut menyediakan kemudahan seperti tempat makan, tempat letak kenderaan serta semua perkara yang akan menjadikannya LuLu Grocer sebagai tempat beli-belah kejiranan kegemaran orang ramai. 

Benda paling teruja di LuLu Grocer ini adalah jualan sempena pembukaan dari 25 October sehingga 27 October 2021. Kalau setiap kali pembukaan LuLu baru jer mama yang sangat teruja sebab harga yang cukup murah dan masa ni la peluang rembat yang mana murah. Korang tengok la harga-harga barangan yang ditawarkan cukup murah dan tak masuk akal tau. So apa lagi confirm orang akan beli tapi terhad kepada 2 peket yer setiap pelanggan.



Korang tengok la harga MILO 1kg ni harga dari RM21.40 tapi semasa pembukaan LuLu Grocer terus jadi RM13.49. Murah kan. ehhh terus wajib ambik sepeket yer. Barang-barang lain pun apa kurangnya TOP Cecair Pencuci Pakaian 1.6kg / 4kg dari RM25.60 hanya jadi RM15.99 giler tak murah kan. Memang murah-murah la ceritanya. 



Di LuLu Grocer ni juga turut menjual barangan basah seperti daging, ayam, ikan, seafood semuanya segar-segar. Benda yang susah nak cari dekat luar korang datang je ke LuLu pasti akan jumpa. Hahh memang berbaloi-baloi la cerita dia. Segala jenis daging lembu, kambing, kerbau ada. Sampai la segala jenis ikan pun ada sampai tak tau nak pilih yer. 







Satu bahagian yang mama sangat teruja adalah bahagian yang menjual buah zaitun tu. Ya ampun boleh ralit yer kalau mama dekat sini. Mana tak nya setiap kali tengok buah-buah zaitun ni terdapat pelbagai jenis. Siap boleh belajar zaitun ni dari mana yer dan semuanya segar-segar. Ada lagi satu bahagian terdapat segala jenis bawang yang dah dikisar. Ini memang tempat kegemaran ibu-ibu yang bekerjaya yang tak sempat nak sediakan boleh jer terus beli dekat sini. Sumpah senang weh. 











Selain tu, korang yang nak cari sayur-sayur mesti rambang mata sebab sayur dekat LuLu ni semuanya segar bugar dan part paling besat tersusun cantik hijau jer. Kalau dekat bahagian cili tu merah dan hijau jer. Terus rasa sistematik betul tempat susun atur di LuLu ni tau. Bukan itu sahaja di bahagian roti / kek pun pelanggan pasti teruja akan pilih dan beli. Tak percaya sila datang ke LuLu Grocer ni yer. 






Tengok la mama kalau dah masuk ke LuLu ni mula la shopping tak ingat dunia. Sebab harga murah memang ambik boleh simpan stok sampai hujung tahun yer. Bagi yang tak familiar LuLu Grocer Amerin Mall ni korang jangan risau coz korang boleh jer search di Maps / Waze dengan mudah kerana ianya terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya SILK dan ianya dapat diakses jika datang dari arah Serdang, Cheras ataupun Kajang.

Jadi, tunggu apa lagi. Jom sebarkan berita baik ini kepada kawan-kawan yang tinggal berdekatan dan datang membeli belah sempena pembukaan LuLu Grocer yang pasti harga cukup Super-Duper murah dari 25 October sehingga 27 October 2021 ini sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial media rasmi Facebook & Instagram LuLu Hypermarket 


Love, 
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Penuh bakul mama jue naaa. Borong sakan hee

    ReplyDelete
  2. Penuh bakul mama jue naaa. Borong sakan hee

    ReplyDelete
  3. Geramnya tengok seafood dan sayur sayur. Semua murahh dan fresh

    ReplyDelete

Like us on Facebook