Tahukah anda, kesukaran untuk tidur pada waktu malam seringkali dikaitkan dengan tekanan atau kafien yang berlebihan, tetapi pemilihan tilam juga turut memainkan peranan yang penting. Jadinya masalah ini telah ramai yang mengalami masalah kesukaran tidur, terjaga pada waktu tengah malam dan keletihan selepas bangun dari tidur. Inilah simpton-simptom tidur kita tidak berkualiti.
Aku sendiri mengalami masalah kesukaran tidur setiap malam. Almaklum la kita hanya ada 8 jam sahaja untuk dapatkan tidur yang kualiti tapi tilam yang tidak bersesuaian mengakibatkan sukarnya tidur dan tidur terganggu setiap malam. Jadinya aku terus mencari tilam yang mampu membuatkan tidur aku lebih lena dan tidak sakit pinggang lagi. Kiranya pelaburan membeli tilam yang selesa walaupun agak mahal sangat-sangatlah berbaloi.
Sebelum ni aku beli tilam semua jenis besar dan spring. Setahun ok lagi kemudian tahun berikutnya dah mula rasa tekanan dari spring sampaikan sakit pinggang. Tapi kini tidak lagi selepas aku memilih Tilam Hyrbid dari Origin Mattress. Yer percayalah tilam dalam kotak ok. Banyak-banyak jenama yang berada di pasaran tapi aku memilih Origin Mattress ni disebabkan tilam ini mempunyai 6 lapisan yang menggabungkan busa memori, spring poket dan latex asli. Dengan teknologi CloudCool yang menerapkan cooling gel ke dalam busa memorinya, korang akan rasa kekal sejuk di hari yang panas meski pun berada di bilik tanpa penghawa dingin.
Dengan latexs AeroFlex, tilam ini cukup flexible dan elastic untuk mengendur mengikut tubuh badan kita serta memberikan sokongan yang kukuh untuk mengelak dari sakit-sakit sendi dan tulang belakang. Manakala alas permukaan tilam ini pula diperbuat daripada fabric Tencel yang telap udara serta hipoalergenik, memberikan permukaan tekstur lembut dan mewah pada sentuhan.
Yang menariknya tilam Origin ini adalah satu jenama tilam terbaik di Malaysia dengan pelbagai tawaran yang hebat dari mereka. Salah satunya korang boleh beli tilam melalui website Origin dan penghantaran percuma ke seluruh negara. Bayangkan aku order dan pengahntaran hanya ambil masa 3 hari sahaja. Sangat cepat dan pantas. Bagi mereka yang membeli tilam Origin ini dan diberikan percubaan mencuba tilam ini dalam masa 120 malam dan jika korang tidak berpuas hati dengan tilam tersebut korang boleh pulangkan semula secara percuma. Tapi aku yakinlah kalau korang dah mencuba tilam Origin ini pasti sangat berpuas hati dan tak kan pulang balik lah.
Oh ya dan lagi menarik bagi mereka yang membeli tilam Origin ini juga akan mendapat jaminan selama 15 tahun dan harga yang ditawarkan untuk tilam ini aku rasa sangat berpatutan daripada jenama-jenama lain yang berada di pasaran. Jenama tilam Origin ini juga diperakui CertiPUR-US dan CeriOEKO-TEX setelah melalui pelbagai ujian terperinci. Ini membuktikan tilam-tilamnya bebas daripada bahan berbahaya dan selamat untuk semua termasuklah kanak-kanak dan bayi.
Macam nilah bentuk tilam yang telah dikeluarkan dari kotak. Kalau lihat dah macam satu gulungan sushi hahaha tapi memang magic yer lepas koyakkan plastik tilam tu korang akan dengar satu bunyi angin dan tilam tu terus kembang dengan sendirinya. Selepas tilam ini dibuka dari plastik ini akan mengambil masa selama 2 jam untuk betul-betul mengembang sepenuhnya. Seriously memang sangat teruja dan dapati tilam ini sangat empuk dan lembut.
Sejujurnya aku suka betul dengan tilam ni siap aku mencuba lompat atas tilam ni tau. Memang tak pernah-pernah la nak melompat ni takut patah katil. Hahaha tapi jangan risau tilam Origin ini mempunyai teknologi Zero Motion Transfer dimana pergerakan atas tilam tidak akan bergerak. Contohnya aku letak satu cawan yang aku letak air di atas tilam tersebut kemudian aku lompat-lompat, bayangkan cawan tu tak bergerak yer! Menakjubkan betul! Ini kalau tilam biasa dah tumpah awal lagi. Memang basah terus la tilam.
Yang aku perasan tilam Origin ni kalau pasangan kita di sebelah cuba bangun memang kita tak akan sedar langsung. Sebelum ni kalau dia bangun je dengan kita sekali terbangun. Hahaha. Satu lagi tilam Origin ini mempunyai lapisan sokongan refleks ini akan memberikan badan kita dengan lengkungan semulajadi badan seseorang malah memberikan sokongan yang mencukupi untuk kaki, pinggul, pinggang, bahu dan kepala. Dengan lapisan ini akan memastikan tidur tanpa gangguan dan melegakan kesakitan sakit otot serta pinggang sepanjang hari bekerja.
Sebagai pengguna yang bijak, aku ni dah siap buat check dan comparison sebelum nak beli tilam ni tau. Of coz la sebelum membeli tu kita kena la bandingkan yang mana ok yang mana tak ok betul tak. Jadi aku banyak membaca review yang mana telah membeli tilam ni. Jadinya selepas membaca semua review yang positif di sumber yang boleh dipercayai seperti TheStar, MalaysiaKini dan TechRakyat, dan tilam yang terbaik yang boleh kita beli adalah tilam dari Origin Mattress. Aku attachkan sekali dekat bawah ni dan korang boleh bandingkan tilam mana yang terbaik.
Selain tilam, Origin juga turut mengeluarkan mattress topper dan bantal yang berkualiti tinggi sebagai pelengkap tilam kita. Menariknya mattress topper ini direka secara ergonomik untuk melegakan titik tekanan dengan mengendur mengikut tubuh badan kita. Ia juga menggabungkan isian busa memori berkualiti dengan teknologi penerapan cooling gel yang memberikan rasa sejuk seolah-olah kita sedang tidur di awang-awangan. Mattress topper ini juga dapat membantu penyelarasan tulang belakang kita. Dengan adanya alas ini dapat menjaga kebersihan tilam daripada kotoran.
Manakala bantal Origin pula nampak padat dan cukup lembut untuk membentuk mengikut bentuk leher dan kepala kita. Dengan sokongan yang optimum dapat memelihara daripada masalah ketegangan leher dan juga bahu. Bantal ini dilengkapi sarung bantak yang ditenun dengan menggunakan fabrik Tencel yang berciri hipoalergik, anti-habuk dan telap udara akan membuatkan kita tidur lebih selesam nyaman dan bebas peluh sepanjang malam. Teruja tengok bantal dan alis tilam ni sebenarnya. Satu hari nanti aku akan dapatkan juga untuk lengkapkan tilam Origin.
Sejujurnya masa mula tidur di atas tilam ni aku macam tak selesa sebab kita dah terbiasa tilam yang lama dengan ada spring. Rasa lembut sampai tak terbiasa dengan tilam Origin ni. Jadinya esoknya baru aku dapat rasa keselesaan tilam ni dengan postur badan aku. Sumpah memang best rasa tidur tu dapat melegakan otot dan juga badan yang penat seharian bekerja. Walau tidur waktu tengahari selalunya memang panas dan bahang tapi dengan tilam Origin ni rasa lebih sejuk sampai tak perlu pasang kipas tau.
Orang tanya best tak tilam Hybrid dari Origin Mattress ni? Sudah semestinya best dan berbaloi leburkan duit untuk tilam ni. Seminggu selepas tidur atas tilam mahal bak kata anak-anak terasa badan lebih tenang, selesa lembut dan padat yang mampu menyokong seluruh badan. Bangun setiap pagi lebih rasa cergas dan taka da rasa sakit pinggang lagi.
Betul la orang kata tempat tidur yang baik bukanlah lagi satu kemewahan tapi ia adalah satu keperluan. Jadi pemilihan tilam yang selesa telah membuktikan bahawa tilam yang betul dapat meningkatkan kualiti hidup kita secara menyeluruh. Walaupun kita hanya menghabiskan satu pertiga dari hidup dengan tidur, jadi tilam yang berkualiti dapat menaikkan mood serta meningkatkan kesihatan mental secara menyeluruh. Memang berbaloi-baloi la labur duit untuk tilam ni.
Harga Tilam Hybrid - Origin Mattress
- Single / 190 sm (P) x 91 sm (L) – RM 1,225
- Super Single / 190 sm (P) x 107 sm (L) – RM 1,531
- Queen / 190 sm (P) x 152 sm (L) – RM 1,839
- King / 190 sm (P) x 183 sm (L) – RM 2,487
Unboxing Origin Mattress
Origin Mattress Malaysia
Website : www.originmattress.com.my
Facebook : www.facebook.com/originmattressmy
Instagram : www.instagram.com/originmattress_my
Tiktok : www.tiktok.com/@originmattress_my
Love,