Resepi Noxxa

Kek Minyak Noxxa

2:06 PM

Hari sabtu gini memang bermalas-malasan kat umah.. kekadang ikut mood jugak.. sian pulak kat Qebal yang tak makan nasi tu kan.. so aku bikin kek minyak Noxxa kat dia.. senang jer buat kek ni.. Meh ni aku share resepi kek minyak.. idea asal dari Puan Kamariah Ali.. Thanks yer sis kongsi resepi ni... Jom tengok bahan-bahannya...

Bahan-bahannya :
* 2 cup tepung gandum ~ diayak bersama baking powder
* 1 sudu kecil baking powder
* 5 biji telur
* 1 cup susu pekat
* 1 cup minyak masak
* 1/2 cup gula
* 1 sudu kecil ovellate
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 pewarna ~ Hijau & Kuning

Cara-caranya :

- Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovellate sehingga kembang dan gebu

- Masukkan susu pekat dan pukul lagi

- Selepas itu masukkan minyak dan pukul seketika untuk sebati

Curahkan adunan tadi ke dalam tepung & baking powder yang telah diayak dan kacau sehala hingga sebati

 Bahagikan kepada 2 bahagian untuk warna

 Letak dalam loyang berselang seli warna hingga habis

 Masukkan kain letakkan tuku besi & masukkan 3 cawan air

 Steam kan dalam periuk Noxxa selama 30 minit. 

 Apabila sudah masak sejukkan sebentar baru lah keluarkan dari loyang.. 
Kek Minyak Noxxa

Selamat Mencuba


/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. singgah sabtu ke sini, cantik dan gebunya kek minyak tu Jueliza, menyelerakan sungguh :)

    ReplyDelete
  2. cantiknye kejadian kek minyak nie....nampak gebu dan sedap je

    ReplyDelete
  3. Kek tu nampak sedap dan memang macam kek lah... saya cakap cenggitu kan sebab masa kekecik kami susah jadi mak buatkan kuih ala2 kuih bingka yg warna kuning... bila dah tua sikit baru tau mak saya dapat warna kuning tu dari perahan biji kelapa sawit... dan saya nampak mak saya perah pakai kain... sayangnya takder dah orang buat macam tu...

    ReplyDelete
  4. Bila datang sifat kerajinan tu memang macam-macam yang akan dibuat kan..hihi

    ReplyDelete
  5. cantik yer kek...best gila bila jadi kan...syokkk....tak payah susah2 beli kt kedai buat kt rumah boleh jaga mutu

    ReplyDelete
  6. Jue, beli yang dalam tu nak beli kat mana ya?? Bb dok cari 😅

    ReplyDelete

Like us on Facebook