Resepi Noxxa

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Noxxa

9:28 AM

Morning semua.. hari ni aku nak update pasal kek last week aku buat untuk Qebal.. Qebal lah ni dia nak kek coklat.. mama cemuih dah nak buat.. kang satgi mama pun termakan sekali.. hehehhe.. mama malas skit nak sukat2 tepung.. mama siap beli hat segera jer.. alaa yang tambah air, minyak & telur.. mudah kan lah ni.. senang jer kukus dalam noxxa.. jom tengok bahan2nya.. 

Bahan-bahan :-

Coklat :
* Tepung coklat kek segera
* 2 biji telur
* Air ~ tak ingat berapa gram.. sorry
* Minyak ~ sama jugak eden lupa

Cheese:
* Cream cheese
* 1/2 cup gula 
* 1 biji telur
* 2 sudu besar air
* 1 sudu besar tepung gandum

Satukan bahan coklat kesemuanya hingga sebati

Putarkan cheese, telur & gula hingga kembang. setelah itu masukkan telur, tepung gandum dan air. gaul dan ketepikan.

Untuk guna steam dalam periuk noxxa, korang leh letak pelapik besi atau pun letak steam it tupperware macam ni.. masukkan air dalam 2 cawan

Kukus lapisan pertama selama 8 minit, masukkan cheese 8 minit dan akhir lapisan 8 minit... korang kira lah baper minit total semua.. senang kannnn

Tadaaa siap.. sejukkan seketika dan barulah keluarkan dari loyang.. Qebal siap deco letak aphabet ABC..


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook