Resepi Noxxa

Ayam Masak Lada Hitam Noxxa

5:19 PM

Salam semua.. Ampun lamanya tak update blog.. hehehe since dah tak keje mama mati kutu sebab pc takder.. laptop pun siput sedut slow nak mampus... nak tekan tab hmm ni tengah gagah menekan tab.. tu pun keje padam sebab typo bersepah... hahaha ibu jari besaq!!  Ok hari ni mama nak share resepi ayam masak lada hitam.. senang jer nak buat tapi kalo letak tepung jagung dengan daun sup ni rasa lagi ummphh tak tau nak habaq macam mana tapi yang pasti sedaplah... qeram si budak debok ni makan bertambah2.. dia cakap delicious.. budak tak pandai tipu tau.. ok jom tengok bahan2.. maaf cara2 step mama tak upload tak sempat nak snap... 

Bahan-bahan :-
* Ayam yang digaul dengan serbuk lada hitam
* Bawang putih
* Bawang besar
* Halia
* Cili padi
* 2 sudu besar tepung jagung
* Sedikit daun sup

Cara-caranya :-

- Panaskan minyak dalam inner noxxa, tekan mode stir fry dan tekan on. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.

- masukkan ayam yang digaul dengan lada hitam dan gaul hingga sebati. Masukkan sedikit air & tutup periuk noxxa. HP kan selama 5 minit..

- Setelah siap HP 5 minit, releasekan wap dan tekan mode stir fry. Tambah garam, perasa serta cili padi. Masak seketika.. kemudian bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam ayam dan gaul sehingga kuah sedikit pekat. Setelah siap taburkan daun sup dan gaul sebentar.

Ayam masak lada hitam noxxa

Selamat mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. nampaknya ekin kena kumpul duit beli noxxa ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Ala ekin atas dapo pun boleh.. heheheh

    ReplyDelete

Like us on Facebook