Resepi

Resepi Ayam Masak Bali

1:51 PM

Yeaaahh akhirnya keterliuran mama asyik tengok ayam masak bali dah terlaksana.. cehh macam dapat award jer rasa.. dah lama resepi ni mama print screen kat fon.. tengok kawan2 fb semua dah buat resepi yang viral ni.. ini tidak boleh jadi mama harus kena cuba sebab nak tahu rasa kesedapan ayam masak bali ni.. hari ni dek kerana nak abiskan serai yang beli minggu lepas mama dah berjaya buat.. hmmm bau balinya ada.. tp ntah tang mana bau tu kat serai yang banyak tu kot.. hahahah dah dah jom tengok bahan2 dan cara2nya..

Bahan-bahan :-
* Ayam yang digoreng dengan garam kunyit
* 5 batang serai yang dititik
* 5 batang daun kari
* Kicap

Bahan kisar :-
* segengam Cili kering
* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
* Seinci halia
* Belacan

Cara-caranya :-

Kisar bahan yang hendak dikisar sehingga lumat.

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun kari sehingga wangi.

Masukkan bahan-bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan kicap. Jika korang nak berkuah masukkan air sedikit dan kacau. Kemudian masukkan gula, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan gaul hingga sebati.

Siap ayam masak bali...

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook