Buffet Ramadhan

Buffet Ramadhan 2016 | Suasana Tradisi, Hidangan Variasi Di De Palma Hotel Ampang

12:29 PM

Alhamdulillah rezeki tahun ni dapat jugak mama review buffet Ramadhan di hotel. Kali ni mama dapat jemputan dari De Palma Hotel, Ampang. Hidangan kali ini bertemakan "Suasana Tradisi, Hidangan Variasi" yang dibawakan khas kepada anda dari chef iaitu Chef Azri Abdul Manaf dan Chef Hamzani Che Husain. Nak tahu lebih lanjut dan nak dapatkan diskaun menarik korang kena baca lebih lanjut kat entri ni ya..


De Palma Hotel sangat terkenal dengan kepakaran halal yang menawarkan masakan selera kampung seperti Nasi Bryani bersama kismis, Ayam Masak Briyani Berempah, Kurma Safron Daging Tetel Berkentang, Dalca Tulang Kambing bersama sayur-sayuran, Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang Galah Petai, Asam Tempoyak Ikan Patin, Ulam-ulaman dengan pelbagai jenis sambal belacan serta tempoyak.


Pelbagai ulaman serta sambal belacan 

Menu wajib kambing golek sememangnya penggemar kepada semua tetamu

Selain itu juga, pelbagai sup menanti anda semua dari Citarasa Sup Kawah Berempah dimana korang boleh membuat pilihan dari daging lembu, kambing, perut, isi ayam, hati ayam dan lain-lain lagi


Jika korang jenis berbuka tak makan nasi serta lauk pauk, korang jangan risau. De Palma turut menyediakan Citarasa "Aneka Laksa" dan Mee Celop Belanga" serta tidak ketinggalan juga Asam Laksa, Laksa Johor, Nyonya Kari Laksa, Kuah Mee Rebus dan Soto Madura. Selain mee, laksa semua ni sesiapa yang pengemar makanan western turut juga dihidangkan di De Palma hotel ni yer.. So korang makan ajer sampai puas hati.. 


Pelbagai hidangan roti seperti roti canai, roti jala dan roti john. Kesemuanya dimasak depan-depan mata kita so memang kita tahu lah kualiti makanan disini semua sentiasa panas. 

Di sini juga terdapat gerai gorengan yang terkenal iaitu Gerai Goreng Kak Yah. Yang mana suka makan kuih atau cucur yang panas-panas seperti pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng serta cucur bawang atau cekodok boleh terjah sini tau memang puas hati lah. Tambah-tambah kesemua gorengan ini dihidangkan dengan kuah sambal kicap yang terkenal di Johor. 


Pelbagai hidangan kuih traditional serta manisan yang terdapat disini.. Memang terbaik lah


Hidangan pencuci mulut dengan pelbagai jenis buah-buahan disediakan


Air panas & air sejuk pun ada.. 

Tak terkecuali ABC yang menarik minat pelbagai golongan.

Disini sambil korang menjamu selera ketika berbuka puasa juga turut disajikan dengan muzik yang menarik dari "Ghazal Sri Kencana" dengan pelbagai lagu-lagu menarik sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. 


Yang mana tak sempat untuk solat terawih di masjid luar tak mengapa di De Palma Hotel juga turut menempatkan "Surau Jumaat Nurul Hikmah" yang telah dianugerahkan "Surau Terbaik dalam Hotel Industri" dan juga mempunyai Imam tetap untuk solat terawih pada setiap malam bulan Ramadhan ini. 

Harga Buffet Ramadhan De Palma Hotel Ampang

Dewasa : RM75.00 nett
Kanak2 : RM45.00 nett

De Palma Hotel Ampang 
Jalan Selaman 1/2 
Palm Square, Ampang Point
68000 Ampang 
Kuala Lumpur

Untuk pelanggan yang berminat ingin berbuka puasa disini, boleh membuat tempahan terus di kaunter Ramadhan atau di talian :-

03-4270 7070 ext 1515 / 1516

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh juga melalui email reservation@depalmahotel.com dan boleh layari laman web www.depalmahotelonline.com untuk dapatkan lebih diskaun. 

* POTONGAN HARGA * - Untuk dapatkan potongan sebanyak 12% dari harga buffet di De Palma Hotel Ampang, Shah Alam dan Kuala Selangor, korang hanya sebut nama blog "MamaJue.com" sewaktu membuat tempahan. 


Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. Meriah makanannya.. kalau ena mai confirm rambang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  2. wuuuh, ni mahu pkul 10 baru kluar hotel

    ReplyDelete
  3. banyaknya makanan. tengok rambutan pun dah taktahan ni ha >,<

    ReplyDelete
  4. Meriah makanannya dengan pelbagai pilihan :)

    ReplyDelete
  5. kambing golek tu dah mcm naga hahah
    makcik@chef tu pun ikut tema, siap pakai kain batik lagi

    ReplyDelete
  6. waduh.... mmg sesuai harga ngn buffetnya...
    segala makanan yg sedap2...

    ReplyDelete
  7. wahhh dpt potongan harga tu menarik

    ReplyDelete

Like us on Facebook