Food Review

Tempat Santai Untuk Berbuka Puasa Di Klang Parade

11:24 AM

Assalamualaikum korang semua.. Selamat berpuasa mama ucapkan kepada semua yang menyambut Ramadhan pada esok hari. Ok mesti korang terfikir nak berbuka puasa yang santai kat mana kan.. Tak kesah la pada hari waktu bekerja atau waktu hujung minggu. Meh sini mama nak story lebih dekat lagi tapi sorry gambar super banyak. Hehehe.. 

Pada Sabtu baru-baru ni mama dan rakan blogger diberi peluang merasai dan menikmati makanan yang best di Klang Parade. Okey kalo korang tersesat ke arah Klang atau korang memang dah penduduk tetap disana apa kata korang terjah Klang Parade nih. Klang Parade ni merupakan pusat membeli belah yang serba lengkap dengan keperluan kita seperti kelengkapan rumah, pakaian dan pelbagai restoran.

Bersama rakan bloggers yang hadir 

Kami diberi satu tugasan khas macam "Food Hunt" kira macam treasure makan-makan di Klang Parade. Hahahah bunyi macam ohsem sangat kan.. Mak buyung pun teruja nak aktif walaupun berjalan macam penguin.. kekekek.. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan pada petang tersebut dan mama kumpulan ke 3 dengan blogger Ayue Idris, Kak Ayu Rafikah and the only one hensem boy Amir. Ok jom la tengok apa aktiviti pada petang tersebut dan jangan terliur pulak tengok semua gambar-gambar makanan yang super sedap ni.. Tunggu berbuka nanti baru korang terjah makan yaaaa.. 

Pertama - Teh Tarik Place

Kalau dah namanya Teh Tarik Place ni satu jer korang wajib cuba teh tarik yang sedap nih.. rasa mesti la rasa teh kan tapi teh disini just nice tak terlalu manis dan pahit memang sesuai diminum semua lapisan umur okey. Dan satu lagi kalo ke sini korang patut cuba popia goreng dan pisang goreng. Memang lain sangat popia dan pisang goreng ni.. Mama paling suka popia tu rasa macam makan tak henti-henti pulak. hahahah kena ingat kang banyak lagi nak makan. 

Teh Tarik yang kaw.. mabeles ok.. 

Popia goreng nih sedap giler...



Untuk pengetahuan korang semua, Teh Tarik Place menawarkan Ramadhan Al-Mubarak Makan Sets. Memang harga yang ditawarkan set ramadhan di sini sangat mampu poket mama cakap. Korang leh klik pada gambar kat atas untuk tengok menu-menu yang dihidang berbuka disini. 

Untuk lebih lanjut boleh layari :-

Facebook : Teh Tarik Place 
Telefon : 016-260 5882

Kedua - Spices of Penang

Seterusnya kami dibawa ke restoran Spices of Penang. Mama sendiri walaupun orang utara belum pernah mencuba makanan disini kiranya ini kali pertama mama mencuba. Spices of Penang ni dikenali kerana di Penang banyak penjaja Hokkien disana sangat pakar membuat "Asam Laksa Penang" yang asli serta terkenal di seluruh Pulau Pinang. Yang mana pengemar asam laksa, char kuey teow, cendol, nasi lemak & rendang ayam boleh datang ke sini tau.. Memang korang tak akan rasa kecewa dengan hidangan yang sangat lazat disini. 


Nampak macam mee kari tapi ni lah Asam Laksa Penang yer you all.. 

Tudiaaa siap api membara lagi tauuu.. Ok ni Tomyam Seafood Behoon.. Ini pun sedap yer.. 

Hidangan yang menarik di Spices of Penang.. 
Nasi Lemak Rendang Ayam, Char Koay Teow, Pattaya Fried Rice

Lagi makanan yang sedap-sedap korang pilih ajer kat sini.. 
Chicken Maryland, Ayam Panggang Combo Set, Banana Leaf Ikan Pari Bakar Set & Penang Rojak 

Kalo dah makan dan tak ada minuman serta dessert yang sedap tak bermakna yer korang.. Meh tengok pelbagai minuman serta ais kacang & cendol di Spices of Penang.

Barisan air dari kanan jeng jeng jeng...
Dragon fruit ice blended, ice lemon tea, milo ice & air tebu

Ini sangat menarik dengan pelbagai warna warni dari buah-buahan ni adalah Mix Fruit with 6 flavors. Memang nyaman tekak kalo makan apabila berbuka puasa nanti tauuuu..

Sapa tak kenal ABC atau Ais Kacang dengan ais krim seketul di atas.. Super sedap jugak.. 

Terakhir special disini Cendol yang sangat terkenal di Penang...

Nampak sedap-sedap semuanya kan.. Ok kalo korang memang niat nak berbuka puasa disini mama syorkan korang kena booking dulu yer.. Paham-paham la bulan puasa ni kalau berbuka di shopping mall memang confirm penuh so korang kena reserve dulu tau kalo tak takut tak dapat meja pulak nanti. Untuk lebih lanjut boleh like Facebook Spices of Penang.

Ketiga - Nice Smell

Ok sapa sini suka makan makanan yang ringan-ringan seperti waffle, kaya ball, sweet corn? Kalo makanan macam ni anak-anak mama memang suka sangat la makan. Siapa2 yang datang ke Klang Parade ni boleh pergi ke Level 5 dan mencuba sendiri waffle, kaya ball, sweet corn di Nice Smell. Tapi kan ada kelainan di Nice Smell ni korang kena perlu cuba.. Nanti mama bagitau kat bawah ya.. 


Ni hahhh kelainan rojak di Nice Smell ni.. Apa yang lain sebab pes udang ni rasa lain sangat kerana lebih 20 tahun pengusaha Nice Smell mengekalkan rasa pes udang itu sendiri. Selain itu, dalam rojak tersebut ada keropok leko, tomato, jagung, carrot dan membuatkan lagi rojak ini lain dari yang lain. 

Menu kanak-kanak yang paling suka, kentang goreng, nugget & keropok leko

Dan menu wajib di Nice Smell - kaya ball, sweet corn, waffle & ais kacang

Keempat - Circus Circus

Perhentian ke 4 aktiviti pada petang tersebut, kami dibawa ke Circus Circus untuk sesi melepaskan keletihan dan tekanan kerja disini. Hahh jangan tak tahu disini memang tempat kanak-kanak sangat suka dengan pelbagai mainan yang terdapat disini. Korang serta keluarga mesti rasa santai serta gembira dapat meluangkan masa bersama-sama. Yang mana ibu bapa nak bawa anak-anak berjimba tanpa berpanas terik di luar sana boleh datang ke Klang Parade di Level 5 yer.. 


Token yer bukan coin.. hehehe jom main sampai lebam.. 

Pelbagai mainan yang menarik disini.. Tengok bapak orang pun sakan main.

Kelima - Next Food Junction

Sedar tak sedar hampir 2 jam kami di Klang Parade. Last sekali kami semua berjumpa di Next Food Junction. Next Food Junction merupakan food court bagi Klang Parade. Bagi sesiapa yang nak berbuka puasa di luar yang sedap-sedap dan nak makan pelbagai makanan yang best tapi bajet korang kurang, hahhh tak perlu risau datang jer ke food court ni macam-macam ada tau...

Tengok betapa luas food court ni dan bersih yer uolls....

Tengok la muka masing-masing yang teruja dapat voucher RM20 untuk menjamu selera di sini.. 

Jangan risau macam-macam ada.. tak caya tengok gambar ni dan sila datang sini okey..

Terima kasih kepada pihak Klang Parade menjemput mama serta rakan bloggers yang lain. We all enjoy the foods sambil bersembang dengan bloggers yang lain. Apa-apa selamat berpuasa semua dan sapa2 tersesat ke Klang boleh singgah berbuka di Klang Parade ni sebabnya pelbagai restoran yang sedap-sedap disini. 


Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. Meriah yer...pernah dapat race makan macam ni...mmg heaven!

    ReplyDelete
  2. Alamakkkk termasuk blog ni pagi-pagi plakkk..hahahaha...

    ReplyDelete
  3. menariknya mix fruit tu. hadoi T_T

    ReplyDelete
  4. teh tarik place ngan spices of penang tu dah try...mmg sedap!

    ReplyDelete
  5. bulan puasa macam ni tgk makanan berwarna warni terliur betul

    ReplyDelete

Like us on Facebook