Review

Air Sayur Green Dinosaur dari Juice Works

3:20 PM

Dah lama mama nak redeem air Green Dinosaur dari Juice Works ni. Tapi tengok outlet dia yang paling dekat di MyTown & Ikea. Hahh apa lagi ini lah masanya mama nak pergi shopping kat Ikea.. Memang ada niat nak pergi sebab nak beli barang untuk siapkan KVM mama yang tersadai tu. Nak tak nak hanya time tu jer lah nak redeem air free ni. 

Mama kalau pergi Ikea mesti pagi-pagi dah terpacak kat sana. Hahaha kira kami tolong bukak pintu Ikea ler.. Malas mama nak pergi lewat-lewat kang ramai orang!! tak sanggup weh.. Kiddos macam biasa mama sumbat depa masuk Smaland tu sejam. So dalam masa sejam tu mama shopping dengan aman. Lepas shopping mama terus redeem air jus ni.


Outlet Juice Works ni memang betul-betul tepi Ikea.. kiranya dia paling hujung MyTown lah. Senang tak payah jalan jauh-jauh. Sebelum ni mama pernah minum air juice dia.. sedap tauu tapi mahai nak matey.. mau kata 4 cup air size Large mau dekat RM40 dah hahaha.. mahal sungguh takper tak selalu boleh la minum. Air jus buah kan berkhasiat boleh juga dijadikan air detox gitu.. Pehtu minum pun slow-slow sebab air mahal.. hahahha

Nampak tak banner kecik tu Green Dinosaur Rawrrr!!! Nampak hijau kan.. Alamak boleh minum ker ni. Air juice Green Dinosaur ni mengandungi bayam, biji chia, lychee, just tropika dan ais krim vanilla. Mama tengok jugak apa dia masukkan tapi tak nampak. hahahah


Nampak dia tengah blender tu. Memula tak nampak sangat hijau. Habis jer blender air tu alamak hijau la weh.. ini boleh lalu tekak ntah la.. hahaha.. bebudak ni kompom tak nak minum punya sebab depa tak makan sayur.. Hahaha tapi kalau depa minum mama dediam jer sampai abis baru mama bagitau tu air sayur hahaha.. kejam mama korang!!


Pendapat mama air ni tak la teruk rasa sayur yer. Lebih rasa air laici yang dicampur dengan jus tropika. Tapi rasa la serat-serat bayam yang dah blender halus tu. Sedap tak rasa manis sangat kira time sejuk memang minum pun best jer. Bebudak ni pun cakap sedap. Rasa laici depa kata.. Huhuhuhu. Habis jer air tu mama bagitau kata tu air sayur bayam teruk si Qebal cakap yerkkk tak sedap.. Hahahha dah masuk perut la air sayur tu.. padan muka tak nak makan sayur sangat!!.. Hehehe.. Korang nak minum boleh beli di Juice Works ya.. 

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. Serius teringin sangat ritu tapi takut tak sedap. Ni dah tahu okay rasanya, next time acik boleh beli. Suka air buah2an

    ReplyDelete
  2. Haha..sedap kan air ni..lebih pd rasa laici..x rasa bayam tu..

    ReplyDelete
  3. suka juga minum air kt kuice works tp yg jenis sayur ni xterminum rasa hehe...slalu order yg laici+ tembikai

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ni.. bagus untuk kesihatan >.<

    ReplyDelete
  5. apa agaknya rasa dia kalau rasa bayam tu kuat ye huhuhu

    ReplyDelete
  6. sedap eh?? kat mj ni ade je tapi tak pernah try!

    ReplyDelete

Like us on Facebook