Mama dah cakap tak mau terjebak.. sekali ni lah masalahnya apabila mama berkawan dengan kawan blogger. Kahkahkah.. Habis syaitunurajim menghasut mama terjebak kat website Chilindo ni.. Cisss korang jahat tau!! Seronok yer membida beli barang dengan harga murah. Apa lagi keja bid bid ajer.. Tengah-tengah pagi en papa tegur wehh tidoooo.. apa lagi mama buat tu.. Heheheh
Ok lah dek kerana ramai sangat terpengaruh terjebak dan sewaktu dengannya, meh mama citer skit Chilindo ni. Chilindo ni adalah satu website yang menjual pelbagai barang dengan membida harga lelongan bermula dari RM0.10 tanpa minimum. Terpulanglah korang nak bida dengan harga berapa pun. Mama bida harga murah-murah jer. Mahal pun depend pada barang yer..
Hehee sebut lelong ni mama teringat pasal cerita P Ramle pasal lelong orang dengan guna loceng. Hahaha itu zaman dulu punya lelong la.. Sekarang nahh hujung jari jer korang tekan bid bid tu.. Memula mama try susah jugak asyik orang caras jer.. jebon betul.. Sakit hati tauu.. Nanti masa bid tu ada masa counting sampai jadi kosong. So korang nak bid tunggu masa nak dekat habis dalam 5 saat korang tekan bid. Lepas tu masa untuk korang bid barang tu akan pusing ke 30 saat lagi. Kalau takder sapa caras bid korang tu, kira korang menang la dengan harga bid tu. Hahh gituuu..
Nampak gambar kat atas tu.. Siap dia cakap Tahniah sebab dah menang lelongan tu. Hahh time tu baru masuk ke troli. Lepas tu korang bid la barang lain lagi. Mama bajet dalam RM30 jer. Heheh tak nak mahal-mahal mau memacam mama rembat. Hahh sebelum terlupa setiap barang korang bid nanti akan + 10% harga barang yer.. Mama bid harga RM5 ke bawah jer.. kalo lebih skit tu nanti korang kena depend dengan harga luar. Lepas dah banyak barang bid korang baru check out dan buat bayaran.
Ok untuk bayaran pulak ada 3 cara yer.. Korang boleh pilih bank transfer, debit/credit card dan cash on delivery. Untuk bayaran transfer dan debit/credit card takder charge tau tapi untuk COD korang kena charge RM4 yer.. Bayaran shipping pulak hanya RM8 sahaja.. korang bid la banyak2 nanti shipping sekali jer senang. Hehehhe..
Tadaaa kotak Chilindo dah sampai.. Hehehhe Nak tengok apa meh tengok bawah ni.. Nanti mama sertakan harga yang mama bid ya..
Ring Telefon Grip | RM1.40 - hahah murah tak.. dah lama cari tengok kat kedai fon macam mahal jer.. tak beli lah sebab mama rasa eleh benda kecik ni jer jual mahal2.. pehal depa ambik untung berkandaq2 ni.. kekekek..
Pemegang telefon dalam kereta | RM1.20 - Ini pulak memang duk cari tapi kan ehhh Made in China so korang pepaham la kualiti dia macam mana.. asyik terjatuh jer kang mama letak double tape kat cermin keta baru tauuu..
Bracket Tv Dinding | RM6.30 - Ini kekunun nak beli untuk tv rumah la.. tapi tv rumah jahanam pulak.. hahaha.. so simpan la dalam kotak.. Kualiti mama tak pasti macam mana. Kakak kita beli hat Ikea tahan jer.. huhuhu.. seram pulak nak letak tv kang jatuh nagis tak berlagu oihhh..
Egg Timer | RM1.80 - Kejap kejap ni mama beli untuk apa? Tengok benda merapu macam ni pun boleh terbeli.. adehh en papa geleng kepala jer weh.. selama ni mama rebus telur tak perlu pun benda ni.. ni saja jer sebab murah.. bid pulak termenang kan.. hahahhaa
Mini Speaker | RM6.30 - Speaker ni kunun nak pasang kat pc or laptop boleh la layan tengok drama korea kasi speaker kuat.. tapiiiii hehhh speaker pc & laptop mama lagi kuat dari menda alah ni.. wakakkaa.. takper murah jer tu la kualiti kita dapat yer tak.. nak kuat beli brand mahai kat lowyat..
Hehehe tu lah benda merapu meraban yang mama terjebak membida di website Chilindo tu.. Psstt ada lagi sekotak nanti sampai.. Maybe itu kotak terakhir dan website, Facebook Chilindo mama akan block lepas ni.. heheheh insof mama weh!!.. Untuk kualiti barang mama boleh cakap barang dia so so jer yer so korang jangan harap barang tu berkualiti tinggi. Dah namanya made in china ni korang pepaham sendiri lah sama jer barang dengan kedai DIY & RM2 macam tu tau.. So korang selamat terjebak!!! Hati-hati tau kat sana ada hantu raya.. kahkahkah...
Untuk terjebak dan membida, korang pergi website www.chilindo.com
Love,
0 Comments