Product Review

Mon Amour 24K Gold Eye Essence | Penawar Eye Bags & Dark Circle

9:20 AM

Semenjak ada baby kecik ni bertambah teruk la penyakit insomnia mama. Dah la nak tidur rasa satu masalah dalam diri. Kul 3 pagi pun mata duk segar bugar. Kalau tido pun rasanya macam dah tidur-tidur ayam rasa pejam mata jer. Hahh jangan cakap eye bag panda dan dark circle a.k.a hitam bawah mata memang terang-terang nampak. Lepas tu mulalah nampak mata tak bermaya setiap hari.


Hampir 2 minggu mama mencuba satu produk untuk mengurangkan gejala eye bags dan dark cirlce ni. So far mama guna Alhamdulillah memang nampak ketara kurang la bengkak bawah mata tu. Manakala hitam bawah mata macam panda pun berkurang. Cumanya kenalah rajin sapu setiap pagi dan malam. Tapi kekadang kita sebagai manusia ni memang lupa nak sapu. Hehehe. Orang kata nak cantik haruslah kena rajinkan diri untuk nampak cantik. So, sila rajinkan diri!!


Produk yang mama guna adalah Mon Amour 24K Gold Eye Essence. Eye essence ini mempunyai formula untuk pertumbuhan sel-sel baru yang memulihkan eye bags dan dark circle pada bawah mata. Selain itu, eye essence ini mengandungi serpihan 24K Gold yang dapat merawat kulit dengan mengimbangi struktur kulit. Dengan serpihan Gold ini juga dapat menurunkan pengurangan kolagen dan menghilangkan penuaan kulit dengan melawan bebas radikal.

Mon Amour 24K Gold Eye Essence sangat tinggi pelembap dengan teknologi anti-penuan dan kelebihan seperti :
  • Menghapuskan bulatan gelap bawah mata
  • Menghilangkan bengkak bawah mata
  • Mengurangkan kedutan halus 
  • Memberi pertumbuhan semula sel untuk memulihkan kedut dan bersinar
  • Bebas antioksidan dan bebas radikal
  • Mengimbangi warna kulit dan mengurangkan wajah yang letih

Cara penggunaan sangat mudah. 
  1. Picitkan sedikit pada hujung jari.
  2. Urut perlahan-lahan di sekitar bawah mata secara berulang sehingga serpihan emas diserap ke dalam kulit.
  3. Untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan boleh digunakan siang dan malam.

Harga untuk sebotol Mon Amour 24K Gold Eye Essence ini dengan berat 20ml berharga RM120.00 dan sangat berbaloi untuk kegunaan masa panjang. Hanya sedikit essence yang pekat untuk disapu pada bawah mata ini boleh bertahan selama berbulan-bulan. Bagi yang ingin mencuba produk Mon Amour 24K Gold Eye Essence ini boleh beli secara online. Untuk detail boleh check link di bawah ya. 

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh layari :-

Website : www.monamourskincare.com
Facebook : www.facebook.com/monamourskincare
Instagram : www.instagram.com/monamour.official

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook