Product Review

De Figues Herlysa Vegan | Cooling Hydrating Mist Dari Ekstrak Buah Tin

10:29 AM

Selalu kalau kita dengar buah tin saja mesti orang tu balik dari Mekah. Sebenarnya buah tin ni buah yang sangat berkhasiat sebabnya buah tin ini adalah buah dari Syurga yang disebut di dalam Al-Quran lagi. Banyak kelebihan dan khasiat dari buah tin ini seperti menyembuhkan penyakit buasir dan sangat kaya dengan protin. Selain itu, buah tin juga mengandungi fitokimia dan antioksida dan membantu mengurangi kanser prostat serta rawatan untuk insomnia. 

Awal bulan lepas, mama dan beberapa blogger yang lain dijemput untuk mendengar taklimat ringkas dari Herlysa Vegan mengenai Face Mist yang diperbuat daripada ekstrak buah Tin. Sejujurnya ini pertama kali juga mama mendengar mengenai buah tin dalam industri kecantikan. Selalunya kita dengar untuk makan dan minum sahaja. Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana buah tin ini berfungsi sebagai mist untuk muka.


Herlysa Vegan telah mencipta Face Mist yang pertama di Asia yang menggunakan ekstrak buah tin atau pun ficus carica. Buah tin ini yang kaya dengan flavonoids dan mineral dapat membantu mempercepatkan proses pencerahan kulit dengan selamat. Bagi yang masalah kulit tak sekata, warna tona kulit akan menjadi lebih sekata.

Ekstrak buah tin juga mempunyai kandungan AHA yang dapat mengangkat sel kulit mati serta sel di kulit wajah yang mengalami pigmentasi. Dengan mengelupasnya sel-sel kulit mati, maka kulit wajah akan mempercepatkan regenerasi sel-sel kulit akibat jerawat sehingga kulit wajah akan kelihatan lebih cerah dan segar.

Buah Tin adalah buah dari Syurga

Penerangan ringkas dari Pengasas Herlysa Vegan

Untuk pengetahuan semua, Herlysa Vegan telah melancarkan produk terbaru mereka pada 3 Julai 2017 ini yang diberi nama De Figues Cooling Hydrating Mist yang berasaskan dari ekstrak buah tin. De Figues mempunyai kualiti semburan yang efektif dan sangat berfungsi sebagai pelembap wajah. 

Antara bahan-bahan yang terdapat dalam De Figues Face Mist ini adalah 
  • Pati Witch Hazel
  • Pati Aloe Vera
  • Essential Oil
  • Menthol
  • Glycerin
  • Vitamin E
  • Figs

Selain berfungsi sebagai pelembap wajah, Face Mist ini juga sangat sesuai untuk moisturizer sebelum make up kerana dapat melembapkan kulit wajah. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak dan sensetive. Face Mist ini boleh digunakan sebagai make up fixing spray yang dapat mengelakkan make up cair kerana ia mengandungi menthol yang dapat mengawal pengeluaran sebum atau minyak dan mengelakkan wajah dari kelihatan berminyak. Malah dengan Face Mist ini membantu make up kelihatan natural dan matte.

Fungsi dan kelebihan De Figues Face Mist :-
  • Mengecutkan jerawat
  • Menghalang keradangan kulit
  • Memberi kesegaran muka
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Mengekalkan pH kulit
  • Menaikkan seri wajah
  • Menghidrat, melembap dan melembutkan kulit

Penggunaanya sangat mudah. 
  1. Pegang botol face mist De Figues dan jarakkan botol dengan muka dalam 30 cm.
  2. Tutup mata dan picit face mist ke seluruh wajah.
  3. Ulang sekali lagi untuk face mist ke seluruh wajah.
  4. Gunakan hujung jari dan urut secara perlahan sehingga mist serap ke dalam kulit.
  5. Boleh digunakan pada pagi, malam, selepas make up dan juga ketika letih.

Hampir seminggu lebih mama gunakan De Figues Face Mist dari Herlysa Vegan ini mama rasakan kulit mama kurang berminyak. Yang paling mama suka Face Mist ini adalah menutup liang pori-pori wajah dan menjadikan wajah kelihatan berseri. Mama akui jarang menggunakan face mist ini ketika bermekap tapi mama amalkan Face Mist selepas mandi dan juga sebelum tidur. Dengan cara ini kulit mama menjadi lembut dan liang pori-pori mengecil. Bagi yang suka travel atau memandu jarak jauh, mama sarankan korang kena ada sebotol dalam bag kerana face mist ini dapat menyegarkan muka yang tidak bermaya.

Berat sebotol Face Mist ini adalah 30ml dapat memberi keyakinan, melindungi dan melembapkan kulit wajah dengan sempurna. Harga cuma RM40.00 sahaja sangat berbaloi untuk kegunaan harian anda. Bagi yang ingin membeli dan mencuba produk De Figues Herlysa Vegan ini boleh dapatkan secara online.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Helysa Vegan :

Website : www.herlysa.com
Facebook : www.facebook.com/HerlysaVegan
Instagram : www.instagram.com/herlysa.vegan

Alamat :
93-1 SECC Mall, 
Jalan Cattleya 9, Persada Cattleya,
70450 Senawang,
Negeri Sembilan

Email : sislysa@gmail.com
Telefon : 013-602 6521

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook