Press Release

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Untuk Pencerahan & Kesegaran Feminin Wanita

10:05 PM

Sebagai wanita yang paling takut adalah kulit di sekitar kawasan intim lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain. Betul tak? Banyak produk yang terdapat di pasaran telah mama cuba untuk mencerahkan kawasan intim dan pada masa yang sama boleh mencuci di kawasan Miss V tersebut. Korang pernah cuba Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White? Produk ini dapat membantu mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V kita.


Sudah pastinya bukan kita sorang sahaja malah terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali kita berasa diri kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri wanita.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu diantara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan. 

Antaranya kayu rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden. Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White sememangnya Halal dan bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. 


[REVIEW] 
Pertama kali mama gunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White bau dia cukup wangi dan rasa segar selepas cuci pada bahagian intim. Yang paling mama suka ada effect sejuk tu membuatkan bahagian intim bertambah selesa serta mengurangkan keputihan dan kegatalan. Tekstur Sumber Ayu berbentuk liquid lembut dan pekat sangat mudah digunakan setiap hari dengan hanya sedikit penggunaan. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. Kini Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. 

Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50. SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Kebersihan dan kecantikan dalaman juga harus di utamakan, mujur ada produk sumber ayu ni kan..

    ReplyDelete
  2. Produk sumber ayu memang best. Murni suka sangat

    ReplyDelete

Like us on Facebook