Tips Pregnancy

Susu Ibu.. Anda yakin memilihnya!!!

6:45 AM

Susu ibu.. dulu maybe aku kurang sungguh tentang ilmu ini.. cukupkah??? baguskah?? Dulu masa Iqbal aku beli jugak breastpump.. tapi manual punyala... tapi Avent Philips tau.. Dulu ingat nak mengurangkan bengkak susu jer la.. pehtu campur.. Memang masa pantang ada campur disebabkan jaundicenya amatlah teruk.. pehtu habis pantang dia dah tak nak susu formula.. haa sudah kan susah nak keje nanti.. dulu ingat senangla kalo ada susu formula.. padan muka aku last2 iqbal nak susu badan jer sepenuhnya dan directly.. ambik kau.. so terpaksa la tak keroje...

Lepas tu aku rasa susu ibu ni sangat mudah.. yang paling senang tak payah bancuh2.. selak jer.. hahaha... pehtu kalo nak jalan tak yah bawak-bawak botol bagai.. so cik B memang ada dengan kita kan.. Aku banyak jugak membaca tentang penyusuan susu ibu ni.. yang bestnya anak susah nak demam.. serius aku tengok anak aku ni dekat setahun baru nak demam.. pehtu orang kata yak yak pun senang.. tapi iqbal lain.. ntah yak yak dia g mana.. maybe jadi isi kot... perut pun lembut jer.. takder plak nak meragam...

Untuk adik dia kali ni.. memang direct aku nak bagi.. tapi terpaksa la melabur dulu kan daripada nanti bebulan nak membeli susu mahal2 kan... So, tepuk dada tanyalah selera... Fikir-fikirkan...

Antara permasalahan yang selalu kita dengari bagi ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu adalah:-

1. RENYAH! atau lebih dikenali sebagai PAYAH, SUSAH, LECEH - juga kadang2 disebut MALAS!! Hehehe...

2. TAK CUKUP SUSU / jumlah susu yang sedikit - pam bagai nak rak dapat sikit jek.

3. TIADA PENGETAHUAN mengenai penyusuan ibu.

4. SUSU FORMULA banyak terdapat di pasaran, mengapa susah2?

5. GAJET YANG MAHAL! mana ada duit nak beli??

Ada banyak lagi sebenarnya alasan mengapa kita memilih susu formula berbanding susu sendiri. Tapi, cuba fikirkan jawapan-jawapan ini:-

1. Jika RENYAH, renyah tak nak bangun tengah-tengah malam untuk bancuh susu formula? Nak kena tolak2 suami, suami tolak2 isteri semata2 nak suruh bancuhkan susu untuk anak yang melalak di tengah malam.

2. Jika TAK CUKUP SUSU, adakah dengan membeli susu formula akan menyelesaikan masalah? It's a BIG NO! Kita seharusnya mencari jalan menyelesaikan masalah, dan bukannya melarikan diri dari masalah. Cari inisiatif untuk menambah produksi susu - seperti mengambil pil kalsium, habbatus sauda, vitamin C, magnesium, milk maid tea (correct me if I'm wrong) dan pelbagai lagi produk di luar sana untuk menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya, teknik paling mudah adalah dengan mengambil kuantiti air dengan cukup setiap hari.

3. Jika TIADA PENGETAHUAN mengenai penyusuan ibu, apakah gunanya ada internet di rumah kalau bukan untuk mencari informasi? Internet bukan sekadar tempat untuk berfacebook, berfriendster dll.

4. SUSU FORMULA KAN ADA? Memang betul, terdapat pelbagai jenis susu formula yang ada di pasaran kini. Tetapi, cuba anda buat perkiraan. Dalam sebulan, berapa peruntukan bagi membeli susu formula untuk anak-anak anda? Paling ciput pun RM200 kan? Susu ibu?? FREE MAAAAAAA~
5. GAJET MAHAL!!! Think as simple as this - gajet beli sekali saja. (but please make sure you buy the correct breastpump!)

Breastpump + Cooler bag + Ice pack = RM500 (breastpump yang berkualiti tetapi mampu dimiliki)
EBM Storage Bottles = RM40 (dapat 8 biji - boleh beli lebih kalau nak)
EBM Storage Tupperware = RM10 (100 biji - beli bekas dadih ni kalau nak jimat)

GRAND TOTAL = RM550.00 ONLY! #Untuk guna 2 tahun

Namun, jika anda membeli susu formula untuk anak -

RM200 x 2 years (24 months ) = RM4800.00

Oleh sebab itu, anda mampu menjimatkan kos penyusuan sebanyak RM4250.00!

Pilihan di tangan anda~

*Edit from Krsty Pinky.. Thanks dear...

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook