Khas buat orang yang tidak mengerti... Silalah fahami...

BreastMilk VS Formula Milk
1. Senang untuk berjalan ke mana-mana, tidak perlu bawak set bakul susu. Pernah kita dengar wanita komplen tertinggal payudara?
2. Si ibu tidak kena suruh oleh si bapa untuk bangun tengah malam bancuh susu. Hehe.
3. Badan lebih mudah kembali langsing tanpa perlu masuk program pelangsingan badan.
4. Payudara jadi lebih seksi. Wow! Memang tak perlu letak silikon, sapu ubat dan sebagainya.
5. Dapat “bercuti” secara semulajadi dari proses kehamilan seterusnya, maklumlah, kaum bapa ni … bukan boleh puasa lama sangat.
6. Mengurangkan risiko kanser.
1. Susu awal (kolustrum) ibu adalah sumber antibodi terbaik untuk anak manusia dan bukan susu awal lembu yang sepatutnya diminum oleh anak lembu.
2. Anak lebih sihat sebab susu ibu bersih dari bakteria merbahaya
3. Anak kita lebih sihat sebab susu ibu sendiri lebih lengkap untuk keperluan si anak dari susu ibu lembu, susu ibu kambing, susu ibu kuda.
4. Sekiranya bayi menghidap demam kuning, sakit kuningnya akan lebih cepat sembuh.
5. Bayi jarang kembung sebab dia minum mengikut keperluan susu yang secukupnya. Kita perlu tahu perut bayi hanya sebesar guli pada hari pertama dia lahir.
6. Anak lebih pandai.
Kaum bapa seharusnya sama-sama ke hadapan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif terhadap semua anak-anak kerana kita dapat menjimatkan banyak wang.
Ya. Kita menjimatkan lebih banyak wang dan seterusnya merancang kewangan dengan lebih efektif apabila isteri kita menyusukan anak secara eksklusif.
Cuba tuan-tuan kira berapa kos membeli susu untuk anak-anak dalam sebulan?
Cuba kita kira penjimatan dari ‘lawatan ke klinik’, pembelian ubat dan vitamin, krim alahan dan seterusnya.
Cuba kira berapa kos yang telah dijimatkan?
Setelah berjaya menjimatkan wang dari perbelanjaan di atas, maka duit tersebut bukanlah dijadikan modal berseronok pula. Berikut adalah perkara berfaedah yang bapa perlu buat:
Berdasarkan ayat Quran dari Surah Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Seterusnya duit-duit yang berjaya dijimatkan itu tadi dapat digunakan untuk tabungan si kecil. Sekiranya kita berjaya menjimatkan RM 200 sebulan untuk tempoh 12 bulan misalnya maka anak kecil kita sudah mempunyai simpanan sebanyak RM 2,400 dalam akaun mereka.
Selain dari itu hasil penjimatan itu dapat kita gunakan dalam simpanan kita sedia ada sehinggalah simpanan itu cukup untuk kita mulakan pelaburan secara serius.
Sebagai bapa, kita kena tahu memberikan sokongan kepada ibu-ibu dalam hal ini. Masyarakat kita seolah-olah diajar susu lembu lebih baik dari susu ibu untuk anak-anak kecil. Sedangkan semua pihak dalam keluarga mendapat manfaat hasil dari amalan penyusuan susu ibu ini.
Maka marilah kita kembali kepada apa yang disarankan dalam al-Quran dan Nabi saw sendiri walaupun datuknya punya cukup duit untuk membeli unta dan kambing, Baginda tetap mempunyai keluarga susuan!
0 Comments