Assalamualaikum.. lama tak mencoret sesuatu dalam blog ni... huhuhu lama dah my cik lappy ni terpadam dek gara-gara iqbal merosakkan adapter charger.. dekat 3 bulan jugak la lappy ni tersadai dalam lemari baju.. sian cik lappy kan.. so bulan ni nak tak nak kena jugak la membeli adapter charger ni.. kemarin dah beli original dell dalam rm180.. rabak poket den.. adehh.. nak tak nak kena beli jugak kannnn.....
Kembali pada tajuk diatas.. kandungan aku sekarang dah nak masuk 7 bulan... seingat aku masa preggykan Iqbal takder plak bengkak kaki jari semua ni.. tp adiknya kali ni aku dah merasainya seawal 7 bulan.. perghh patut la tak larat jalan semacam... ibu jari bengkak kebas2.. kaki jangan kata dah macam anak gajah ok.. pergerakan pun mula lambat macam semut.. aiyoooo... terseksa woo... padahal masa anak pertama dulu cergas mengalahkan orang tak mengandung tau.. kalo g shopping complex jalan macam lipan pun tak pa.. pusing sana pusing sini.. tapi kali ni aku surrender awal kalo nak jalan banyak..
Tips untuk mengurangkan masalah bengkak kaki:
1. Jangan berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau apa sahaja yang tinggi supaya kaki lebih relax.
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika ketika terlalu lama duduk dengan bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki.
5. Minumlah banyak air. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food.
0 Comments