The Kabin

Trip To The Kabin, Kuala Selangor

8:14 PM

Assalamualaikum semua.. dah habis cuti kan.. kejap jer.. daku pun bercuti dekat2 sini jer.. itu pun en papa memang nak jumpa member dia kat Kuala Selangor.. dah alang2 kami nak g sana so kami booking hotel container yang pemes sekarang ni iaitu The Kabin.. memula tu daku tengok kat Majalah 3 lah.. hati ni wah kagum betul orang boleh buat hotel menggunakan container macam ni.. terus ajak en papa g sini.. biasalah kalo en papa kata booking lah. nanti papa bayar.. aku pun hoyehhh laa..

Kami bertolak dari Beranang ke Sungai Jeram mengambil masa 1 jam 45 minit... dekat jer tu pun guna google maps.. nak harapkan en papa dia tau ikut Sungai Buloh jer.. nasib maps daku betul.. sampai sana dalam tengahari kami g makan tengahari dulu.. nak jalan tepi pantai erkk panas.. memang tak sanggup... kami check in awal dalam 1.30. .. bilik dah siap sedia.. legaa....

tempat pix wajib ni...

Harga Bilik

Ni kaunter reception & cafe The Kabin..

Hahhh tu lah bilik kami.. kecik jer.. 

Pool ni anak2 dah tak sabar nak mandi.. 

Bilik yang kami duduk ialah Durban...

View dari beranda bilik.. view depan pool okeh.. senang nak terjun ni

Katil ker tilam ni.. hahahha rasanya tilam jer ni.. boleh la 4 beranak nak lena untuk 1 malam..

Tv flat screen & Jug letrik semua ada.. senang nak bancuh susu kat Qeram.. memula risau takut takder.. huhuhu

Tempat gantung baju yang sangat comel... 

Ni bilik air yang sangat comel & kecik.. boleh la.. dah nama pun container kan...

Kami 4 beranak.. 

InsyaAllah kalo ada masa nak repeat datang sini lagi... 

Bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman bermalam dalam container dan berdekatan dengan tepi pantai, korang boleh la datang The Kabin.. 

The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis,
45800 Jeram, Kuala Selangor,
Selangor Malaysia

Coordinate : 3.195 N, 101.307 E


Sila Hubungi :
+60176783825 (Firdaus Sany - Operation Manager)
+60185932014 (The Kabin Front Desk)

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook