MARRYBROWN Melancarkan Pakej Parti Hari Jadi Kanak-kanak Bersama Doraemon

10:55 AM

Siapa tak kenal dengan watak animasi Doraemon yang comel dengan telatah kelakar bersama kawan baiknya Nobita. Ramai kan peminat Doraemon ini dari kanak-kanak sehingga dewasa telah mengamit memori bersama watak kartun dari Jepun ini. Kelmarin mama berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran Marrybrown Pakej Parti Hari Jadi Kanak-kanak Bersama Doraemon di Marrybrown IOI City Mall Putrajaya.


Marrybrown adalah restoran rangkaian makanan halal segera yang terbesar di Malaysia kini telah bekerjasama dengan Doraemon dalam usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi bermula Disember 2019. Jadi orang ramai dapat berpeluang meraikan hari jadi anak-anak bersama Doraemon di Restoran Marrybrown. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.


Bersempena sambutan hari kanak-kanak, Marrybrown telah membawa lebih 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon di Marrybrown. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan untuk kanak-kanak iaitu aktiviti melukis di wajah, mewarna dari pasir warna warni dan dapat belon yang comel. 



Kata Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi di sini. Kerjasama ini akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak yang menyambut hari jadi di Marrybrown." Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan bag sekolah sebagai persediaan kembali ke sekolah pada tahun hadapan.



Kini Marrybrown bekerjasama dengan Doraemon bagi membawa lebih kegembiraan kepada rakyat Malaysia dimana mereka kini boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi yang akan membuatkan mereka lebih gembiara.


Terdapat 3 Pakej Hari Jadi Doraemon yang menarik disediakan untuk meraikan hari jadi istimewa anak-anak dengan harga yang berpatutan. Kesemua pakej ini boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown berserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020. Sila layari https://marrybrown.com/birthday-party untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon.


Menarik bukan harga yang ditawarkan untuk pakej Hari Jadi Doraemon di Marrybrown ini? Mama yakin dengan pakej berserta harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan dapat meraikan hari jadi anak-anak tersayang di Marrybrown. Pasti ia menjadi memori yang cukup gembira buat anak-anak kita nanti. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. baru tahu Marrybrown pun ada pun sambut birthday.menarik dan seronok pula tengok aktiviti dan sambutannya.

    ReplyDelete

Like us on Facebook