VIVO V17 PRO Didatangkan Dengan 6 Kamera Untuk Gambar Swafoto Yang Mantap

11:09 PM

Sekarang gambar yang cantik telah menjadi trend pilihan semua tidak kira anak muda dan juga yang berusia. Ini kerana dengan gambar yang cantik dapat mengabdikan kenangan terindah bersama keluarga tersayang. Jadi telefon pintar bukan sahaja kegunaan untuk kegunaan telefon malah ia juga menghasilkan gambar yang sempurna untuk semua orang. Pada Selasa baru-baru ini mama berkesempatan menghadiri majlis pelancaran peranti terbaharu keluaran Vivo di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.


Vivo dengan secara rasminya memperkenalkan peranti terbaharu V17 Pro dengan menyediakan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan yang mantap dengan sokongan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP. Selain itu, V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView Display kuad kamera belakang beresolusi 48MP merupakan suatu ciri ikonik bagi peranti Vivo khas untuk gaya hidup pengguna yang muda lagi bergaya.


Sebelum acara bermula mama berkesempatan pegang dan menggunakan Vivo V17 Pro terbaru ni. Memang ternyata sangat woww lah dengan 6 camera yang cukup awesome. Dengan keluasan screen 6.44" FHD+ Ultra FullView Display menjadikan screen yang cukup besar untuk sesebuah telefon. Yang paling menarik ketahanan bateri ini 4100mAH dengan fast charging. Yer betul telefon ini  mampu bertahan lama yer kalau menggunakan sehari dengan telefon V17 Pro.



Acara dimulakan dengan persembahan daripada Vivo Star iaitu Priscilla Abby bersama penarinya yang cukup bertenaga dan menghiburkan para pengunjung yang hadir pada petang tersebut. Kemudian ucapan dari CEO Vivo Malaysia, Mr Mike Xu. Beliau berkata V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat bangga kerana ia memperkukuhkan kedudukan Vivo sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alik yang terbaik di Malaysia. 


Peranti terbaru ini tampil dengan dwi-kamera depan dengan jenis Pop-Naik beresolusi 32MP untuk swafoto yang sempurna dengan earpiece dan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan serta Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang. Kemudian terdapat sudut lebar swafoto 8MP juga mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah bagi pengambilan gambar berkumpulan. 



Selfie Softlight

Wide angle selfie

Bagi kamera utamanya pula yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP menjadikan V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap. Tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk mode Beauty iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis permandangan dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.



Vivo V17 Pro ini menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 675 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB serta kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging. Manakala sekuritinya pula, peranti ini mempunyai cap jari bawah skrin jenis optikal yang pantas. 

Telefon V17 Pro ini juga sesuai untuk peminat kaki "games" kerana prestasi perisian terbaik dengan teknologi 'multi-turbo' membantu OS kelancaran sepanjang bermain. Jangan tak tahu dengan ciri 'Game Center' menjadikan kita boleh buat semakan kebolehan telefon dan 'voice charge' yang boleh kita menukarkan suara karakter di dalam games tersebut. Sangat hebat yer telefon ini. 


Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua yang hadir adalah kemunculan duta Vivo iaitu Dato' Siti Nurhaliza yang telah mengejutkan semua penonton. Dato' Siti menyanyikan 2 buah lagunya yang popular untuk kedengaran semua para peminat beliau. Memang patut Dato' Siti masih kekal menjadi duta Vivo kerana beliau sendiri sangat berpuas hati dengan telefon Vivo V17 Pro ini memudahkan beliau berswafoto bersama peminat kesayangannya. 


Vivo V17 Pro ini didatangkan 2 pilihan warna menarik iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia dengan harga pasaran RM1,699.00


Mama sendiri puas hati dengan telefon yang hebat dari Vivo V17 Pro ni dan terus rasa nak sambar sebiji untuk kegunaan mama sebagai blogger. Paling mama suka dengan 6 kamera untuk selfie dengan 32MP dan camera utamanya 48MP memang cukup cantik dan sangat jelas. Apa tunggu lagi jom dapatkan Vivo V17 Pro sekarang.

Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. wah menarik, paling best bila selfie or amik gambar jadi cun... harga pun kira mampu milik

    ReplyDelete
  2. Peh!6 camera weh...ini jerawat besar kuman pun nampak ni kan...
    bestnyaaa

    ReplyDelete
  3. perghhhh 6 kamera mau nampak abis lubang jerawatku hehehhe

    ReplyDelete
  4. Murah jugak nuh.. Phone nie pun dah nak tingtong nanti boleh riki2 phone nie heee

    ReplyDelete
  5. vivo ni memang cun gambar dia kan Jue , kak ana guna Vivo gak hat 2 kamera jer hehe :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook