Product Review

Nature Solution | The Plant Base Skincare Terbaik Dari Korea

3:03 PM

Produk Korea tidak asing lagi dalam dunia industri kecantikan. Malah produk kecantikan Korea telah menarik minat semua wanita di seluruh dunia untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri tanpa sebarang bahan kimia. Pelbagai lambakan produk kecantikan di pasaran menawarkan produk skincare yang mengandungi bahan kimia yang tinggi serta memberi kesan bahaya kepada kulit wanita.

The Plant Base merupakan produk penjagaan kulit dari Korea telah mengeluarkan satu rangkaian produk iaitu Nature SolutionNature Solution telah dilancarkan pada tahun 2005 sebagai satu jenama produk semulajadi yang terkenal di Korea. The Plant Base ini merupakan 100% dari bahan semulajadi yang sangat sesuai untuk penjagaan kulit wanita kerana ia sangat hypoallergenic dan bermutu tinggi dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi serta bahan-bahan yang organik. Untuk rangkaian Nature Solution ini terdapat 4 produk iaitu :
  • Nature Solution Natural Cleaning Foam
  • Nature Solution Hydrating Bamboo Water
  • Nature Solution Skin Essence
  • Nature Solution Hydrating Bamboo Emulsion 

Pada pertengahan bulan lepas, mama sendiri telah mencuba 2 produk keluaran The Plant Base ini iaitu Nature Solution Hydrating Bamboo Water dan Nature Solution Skin Essence. Hampir 2 minggu mama mencuba produk ini memang ternyata 2 produk Nature Solution ini sangat terbaik kerana ia sangat natural produk dari bahan organik iaitu ekstrak buluh. 

Ekstrak buluh sangat membantu mengekalkan kulit yang sihat dan disamping itu dapat mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit, mengurangkan kedutan pada wajah serta melindungi kulit terhadap penuaan. Kesemua produk ini telah diuji dermatologically dan diperakui oleh klinikal.


The Plant Base | Nature Solution Hydrating Bamboo Water ini seperti toner organik semulajadi dan hypoallergenic yang mengembalikan tahap kelembapan kulit serta membina semula kulit daripada kesan penuaan. 


Formula ini terdiri daripada ramuan ECOCERT termasuk 76.67% air buluh, ekstrak dahan Buluh Korea, Inflax dan lapisan minyak Argan dan minyak zaitun. 


Penggunaanya sangat mudah. Selepas cuci muka, mama akan menggunakan Hydrating Bamboo Water ini sebagai toner. Yang paling mama suka teksturnya sangat cair dan bau buluh yang sangat lembut. Korang tak perlu guna kapas tau untuk sapu ke muka cuma korang goncang botol ini dahulu untuk melarutkan lapisan minyak dengan air bamboo kemudian tuangkan ke atas tapak tangan dan sapu ke muka dengan cara menepuk sedikit ke kulit muka.

Hydrating Bamboo Water ini memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah serta mengekalkan pH 5.7 yang seimbang. Mama perasan semenjak mama gunakan hydrating bamboo water ini mama rasakan liang pori muka mama menjadi kecil dan kulit muka sentiasa lembap. 


The Plant Base | Nature Solution Skin Essence pula seperti essence untuk melembutkan kulit wajah dan mengurangkan kedutan pada wajah. Ramuan sah ECOCERT yang terkandung dalam produk ini terdiri daripada 62.84% air buluh dan 13 jenis minyak semulajadi. 

Fungsi utama Skin Essence ini adalah anti-oksidan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan memberikan kelembapan kulit, mengurangkan kedutan di wajah serta menjadikan kulit lebih cerah dan muda. Produk skin essence ini menggunakan teknologi "oil-drop" yang mengandungi bahan yang aktif ke lapisan kulit untuk pembaharuan kulit secara semulajadi.


Penggunaannya selepas menggunakan Hydrating Bamboo Water, picitkan sedikit Skin Essence ke atas tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah. Skin Essence ini pekat tetapi ia tidak melekit ke muka. Kulit mama sentiasa lembap dan tidak kering serta tidak berminyak langsung apabila menggunakan skin essence ini. Yang paling mama suka apabila bangun dari tidur, mama dapati kulit mama sihat seperti dilahirkan semula. Baru 2 minggu mama gunakan Skin Essence ini dan mama suka giler dengan perubahan kulit mama. Bayangkan kalau berbulan-bulan guna skin essence ini kompom kulit muka mama cantik seperti pelakon Korea gitu!!!

Produk The Plant Base Nature Solution ini boleh didapati di rangkaian 15 kedai Watson terpilih, BIG Pharmacy Malaysia dan Hermo Malaysia. Rangkaian produk ini dijual pada harga runcit iaitu :-
  • Nature Solution Natural Cleaning Foam (120ml) | RM71.90
  • Nature Solution Hydrating Bamboo Water (150ml) | RM109.00
  • Nature Solution Skin Essence (40ml) | RM129.00
  • Nature Solution Hydrating Bamboo Emulsion (125ml) | RM125.00 
Khas buat follower blog MamaJue, setiap pembelian produk-produk The Plant Base korang akan dapat 10% diskaun seperti dibawah hanya sah dari 6 March 2017 - 16 April 2017 

"TPBADD10"

Untuk maklumat lanjut serta pembelian produk The Plant Base boleh layari :-

Website : www.theplantbasemalaysia.co
Facebook : www.facebook.com/theplantbasemy
Instagram : www.instagram.com/theplantbasemalaysia

Love
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook