Haruman Terbaru Avon Eve Confidence & Eve Elegance Khas Untuk Wanita Masa Kini

2:22 PM

Wanita dan wangian tidak dapat dipisahkan lagi. Dengan wangian dapat memberi ketenangan diri malah rasa diri yakin untuk berhadapan dengan orang lain. Kelmarin mama berkesempatan untuk menghadiri satu majlis pelancaran haruman terbaru dari Avon Malaysia iaitu Eve Confidence dan Eve Elegance yang sesuai untuk wanita masa kini. 


Susulan kejayaan haruman Eve Duet, Avon meneruskan kerjasama dengan bintang Hollywood Eva Mendes bagi mencipta dua haruman baru iaitu Eve Confidence dan Eve Elegance. Haruman ini menggambarkan gaya hidup wanita masa kini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan peranan baru yang perlu dilalui. Dengan EVE Elegance dan EVE Confidence Eva dapat mengharumkan indah yang berbeza dalam hidupnya. 



Eve Confidence dibuka dengan nota manis melur harum, diulit kemewahan currant hitam dan kehalusan kayuan oak. Setiap semburan akan memberi anjakan keyakinan dan menyerlah keberanian wanita.  Serlahkan detik-detik keyakinan penuh cita-cita dengan semburan Eve Confidence yang kekal lama. Dengan hanya satu semburan Eve Confidence dan Eva bersedia untuk apa sahaja. 


Eve Elegance pula sempurna untuk momen bila mana seseorang ingin menyerlah sofistikasi diri yang hebat namun bersahaja. Diulit dengan kelembutan kelopak jasmin, ledakan delima segar, didakap kayuan ambar yang mewah memukau. Eve Elegance merupakan haruman yang tepat bagi saat-saat menyerlah personaliti. Haruman ini memastikan wanita bukan sekadar dilihat, namun terus diingati.


Untuk kedua haruman Avon terbaru ni mama sukakan keduanya sekali boleh dipakai dimana sahaja. Bagi Eve Confidence wangiannya sangat sweet lembut dan tidak menucuk ke dalam hidung. Memang sesuai wanita yang suka kelembutan. Manakala Eve Elegance pula baunya sangat kuat tapi sweet bagi yang suka menyerlahkan keyakinan diri seseorang. 

Koleksi Eve memberikan wanika peluang melakar kenangan indah buat selamanya dengan hanya semburkannya agar setiap detik indah wanita sinonim dengan keharumannya. 


Eve Confidence Eau de Parfum dan Eve Elegance Eau de Parfum ini bakal dipasarkan mulai 1 November 2019. Sebotol mengandungi 50ml dan harga hanya RM95.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM109.25 bagi Sabah dan Sarawak. Boleh dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my . Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook