Natugee & Mrs Malaysia World | Didik Wanita Agar Sihat Dengan Gembira

4:56 PM

Bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara, Natugee, merupakan jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik bergabung bersama Mrs Malaysia World menganjurkan acara tanggungjawab sosial korporat iaitu Program Healthy Is The New Happy! A Better You Today di Hotel Furama Bukit Bintang.


Penganjuran ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ diadakan untuk memperkasakan kesihatan wanita serta sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman dan harmoni.


Sebelum acara bermula, mama bekesempatan meninjau booth yang tersedia iaitu dari pihak penganjur iaitu Natugee. Produk Natugee ini dilancarkan Ogos 2017 merupakan jenama kesihatan dan kecantikan premium yang dihasilkan untuk membantu wanita memperoleh kulit sihat daripada dalam.

Menariknya Natugee ini berasaskan bahan semulajadi dan organik yang berkualiti tinggi, tanpa pewarna tiruan, paraben, SLS, SLES dan pewangi tiruan untuk mengekalkan keremajaan wajah para wanita. 



Dengan gabungan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang, hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih sekata. Natugee juga merupakan penaja Mrs Malaysia World 2019/2020 sebagai penghormatan kepada wanita yang mengekalkan kehidupan yang seimbang antara keluarga, karier dan impian. Natugee bakal meluaskan jenamanya di Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat.


Selain booth Natugee, banyak juga aktiviti di booth yang lain seperti Waka Waka KL ini. Hanya join sahaja dengan syarat like FB Waka Waka KL ini boleh la main roda impian dengan dapat hadiah yang menarik. Memang sangat fun walau aktiviti yang cukup santai begini. 



Terima kasih theAsianparent kerana menjemput mama menghadiri program khas buat wanita ini. Memang cukup bermanfaat untuk mengenali diri sendiri dan menangani masalah kemurungan seperti stress dan depresi yang sangat menjadi pada kaum wanita di luar sana. Dengan program sebegini dapat tips yang menarik untuk mengelak stress terjadi.



Sebelum acara bermula kami dijamukan dengan hidangan dessert dari Hotel Furama Bukit Bintang. Memang sedap-sedap semuanya. Sambil makan kami mendengar pengisian daripada 3 para panel yang hebat iaitu Dr Linda Mat Hassin dengan perkongsian simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan buruk kepada gaya hidup sihat. 

Sebenarnya stree berlaku akibat kecelaruan dan tidak dapat berfikir secara rasional untuk menangani stress ini. Terdapat 6 asas yang membolehkan kita meniti usia dengan sempurna iaitu :-
  • Melalui diet dan pengambilan makanan bernutrisi
  • Perhubungan
  • Bersenam
  • Pengurangan stress
  • Tidur yang cukup
  • Hormon yang baik
Kemudian sesi kedua pula dari Puan Rena Rifaee merupakan founder 7 CEO of Natugee Sdn Bhd berceritakan bagaimana Puan Rena terjebak di dalam bidang menghasilkan produk semulajadi di Malaysia. Dengan ini memberi kesedaran bahawa produk di pasaran tidak semulajadi dan tidak selamat untuk digunakan masa yang panjang. 

Dengan event ini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran. Puan Rena ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini, banyak tips dalam event ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’.


Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’ yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stress dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu
  1. Puan Rena Rifaee - Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata. Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.  
  2. Dr Linda Mat Hassin - Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSI University, beliau turut diiktiraf sebagai salah seorang pengamal hormon lanjutan daripada International hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr. Hertoghe yang dikenali sebagai ‘Father of Hormones’. Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan korporat dan umum. 
  3. Datin Harveen Kaur - Beliau merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019. Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah, ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang. 
  4. Datin Diana Danielle - Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato’ Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Terima kasih kepada pihak pengajur sudi memberi produk-produk yang menarik dalam goodies bag pada event yang cukup menarik ini. Semuanya sangat awesome dan best sebab mama memang menggunakan produk-produk tersebut. Antaranya ialah :-
  • Natugee Deep Cleansing Lotion & Natugee Happy Skin Mask
  • Voucher dari Waka Waka KL dan Hotel Furama
  • Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set
  • Just Roll With It Essential Oil dan Voucher dari Bondaheaven
  • Lovera Magic Jelly Baby
  • Pure Botanical Oil dari Eori Wonder Skin
  • Narinar Aromatherapy Oil Frankie
  • Jamu Tun Teja MEKAR Breast Herbal Firming Cream
  • Pokok Comel dari CHIIO by The Nitty Gritty

So jom mama nak review 5 produk yang mama dapat dari goodies bag yang awesome ni. Antara 5 produk yang mama suka adalah :-
  • Pokok Comel dari CHIIO by The Nitty Grity
Pokok yang comel ni sangat sesuai untuk dijadikan decoration untuk birthday party, anniversary atau event menjadikan suasana yang ceria dan mendamaikan. Mama letak pokok comel ni di tepi komputer mama untuk mama rasa lebih tenang dan menyegarkan. Untuk lebih lanjut mengenai pokok CHIIO ini boleh layari www.facebook.com/chiiobythenittygritty



  • Narinar Aromatherapy Oil Frankie


  • Mama memang hantu essential oil. Tak kira jenama apa tapi mama pernah menggunakan essential oil dari Narinar memang best dan sangat membantu untuk anak-anak mama. Kali ni mama dapat Narinar Frankie. Keistimewaan Essential Oil Frankie ini adalah dari rubber of tree dari Middle East yang sangat membantu imun sistem seseorang, mengurangkan stress dan menolong pernafasan.

    Antaa bahan-bahan dalam Essential Oil Frankie ini seperti lemon, lavendar, peppermint, olive oil. Dengan gabungan bahan-bahan ini juga dapat mengurangkan suhu badan, selsema dan batuk semudah ABC. Bagi yang berminat untuk dapatkan produk Narinar ni boleh layari www.narinar.com

    • Relaxing Aromatherapy Roll by BondaHaven
    Sebagai seorang ibu yang masih menyusu mama mengalami stress yang cukup teruk. Mama bertuah dapat relaxing aromatherapy roll dari BondaHaven. Minyak aromatherapy ni sangat membantu mama menjadi lebih relax dan mengurangkan rasa stress setiap hari. Hanya roll sahaja minyak ini di bahagian nadi lengan dan juga belakang telinga dan korang boleh rasai ketenangan. Bagi ibu-ibu di luar sana boleh dapatkan minyak aromatherapy ini dari www.bondahaven.com



  • Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set


  • Brooch Set dari Wirdora Rivoli Swarovski yang cukup cantik dan sangat awesome bagi mama. Boleh mama pakai dengan tudung bawal atau shawl nanti. Yang menarik Swarovski sangat shinning dari jauh. Nak tengok brooch set Wirdora yang lain boleh tengok di www.shop.wirdora.com



  • Pure Botanical Oil dari Eori Wonder Skin


  • Yang terakhir mama suka dengan Pure Botanical Oil dari Eori Wonder Skin. Oil ini sangat sesuai untuk muka dan badan serta eczema. Oil eori ini digabung dengan cocos nucifera, malaleuca alternifolia, lavandula angustifolia dan pelagonium graveolens. 

    Paling menarik eori oil ini dapat mengurangkan kegatalan dari eczema dan mama telah menggunakan beberapa hari memang sangat sesuai dengan eczema mama. Selain itu dapat mengurangkan parut eczema dan melembapkan eczema dari kering. Sesuai untuk kulit muka dan menjadikan kulit sentiasa lembap dan licin. Untuk lebih detail boleh layari www.eorigroup.com


    Akhir sekali mama ucapkan terima kasih kepada semua sponsor dalam goodies bag ni dan mama rasa sangat bertuah dan dihargai dengan barangan yang cukup menarik. Semoga banyak lagi aktiviti untuk ibu-ibu seperti ini agar memberi manfaat dan kebaikkan kepada semua.


    Love,
    />

    You Might Also Like

    0 Comments

    Like us on Facebook