Resepi Air Fryer

Resepi Burnt Cheesecake Air Fryer

10:19 PM

Dah lama teringin nak makan burnt cheesecake. Tengok resepi senang je nak buat. So gigih la buat jugak nak rasa sedap sangat ke burnt cheesecake tu. Mula buat dah fail uolls. Aduihh geram plak dah la buat bekas kecik sampai tinggi penuh dalam air fryer. Lepas tu terlebih letak whipping cream hahaha. So mama buat lagi sebab makan ritu sedap walau rentung atasnya. Jom tengok bahan-bahannya. 


Bahan-bahannya :-

* 250ml cream cheese
* 1/2 cup gula halus
* 3 biji telur
* 2 sudu besar tepung gandum
* 125ml whipping cream

Cara-cara :-


Masukkan cream cheese dan gula dan pukul sehingga sebati. Nak guna blender pun boleh tapi nanti balance cheese tinggal dalam blender so sayang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi. 


Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Akhir sekali masukkan whipping cream. Sebab apa kena putar satu persatu sebab nak bagi adunan licin cantik. Orang kata kalo semua blend sekali jadi tak cantik. Ntah la betul ke tidak. 


Kemudian masukkan adunan cheese tadi ke dalam loyang yang muat dalam air fryer. Boleh jer sapu butter ke dalam loyang dan boleh juga letak parchment paper untuk bagi tidak melekat. 


Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 180'c selama 25 minit. Sebelum bakar tu korang jangan lupa panaskan air fryer dengan suhu rendah dulu. Selepas masak biarkan sejuk sekejap dan letak dalam peti ais. Kemudian apa lagi makan la.


Walau rupa dia agak out tapi sedap okeh. Hahaha tak leh selalu makan burnt cheesecake ni mau gemok balik. Yang penting senang nak buat. Kalo beli kat luar mahal ok. Selamat mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Yes. Yang penting rasa. Puas hati dapat buat sendiri

    ReplyDelete
  2. mudahnya bila ada air fryer.. belum lagi beli dok tunda2..
    sedappppp nye nampak =D

    ReplyDelete

Like us on Facebook