Resepi Air Fryer

Portugese Egg Tart Air Fryer

12:19 AM

Banyak pula pastri dalam peti ais rumah ni. Sebelum rosak kulit pastri ni mama kena masak sebelum kena bebel dengan en papa. Hahaha. So pikir punya pikir mama buat la Portugese Egg Tart. Cari dalam Google macam senang je so mama ubah skit sebab mama nak bakar dalam air fryer. Jom tengok bahan-bahannya. 


Resepi Portugese Egg Tart Air Fryer

Bahan :

* Kulit Pastri Jenama Kawan
* 4 biji telur
* 1/2 cawan gula (boleh kurangkan manis)
* 250ml susu Full cream
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1 sudu besar tepung jagung
* Pewarna kuning
* Acuan tart
* Air untuk tekan kulit pastri

Cara buat egg tart filling :

Tuangkan susu dan gula, kacau di atas api sehingga panas. Kemudian biarkan sejuk.


Kacau telur sehingga sebati kemudian masukkan susu yang sejuk dan kacau. Masukkan esen vanilla dan tepung jagung kacau sehingga larut.

Jika nakkan filling egg tu nampak cantik letakkan sedikit pewarna kuning. Kemudian tapis adunan telur.

Bahan untuk buat benda renyah seterusnya. Hahaha 


Ambil sekeping kulit pastri lenyekkan kulit untuk dapatkan 4 bahagian. Masukkan ke dalam acuan dan tekan kulit pastri sehingga penuh acuan.

 Tuangkan filling telur tadi ke dalam acuan pastri macam dalam gambar tu


Panaskan air fryer dengan suhu 150'c dan bakar egg tart tadi selama 15 minit.

Tadaaa siaplah Portugese Egg Tart Air Fryer 

Walau rupa Portugese Egg Tart ni tak secomel macam kedai tapi kan rasa egg tart sebiji rasa macam kat kedai bakeri yer. Kahkahkah. Boleh la nak makan di kala kuarantin dalam rumah ni kan. Korang boleh cuba buat yer. Selamat mencuba. 

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook