Sardin Puff Air Fryer Mudah Menggunakan Kulit Pastri

4:55 PM

Selalu kalo pergi kedai roti bakeri mesti mama akan beli sardin puff. Fuhh sedap kalo makan Panas-panas. Harga dia MasyaAllah mahal dekat RM3 kot sebijik. Tapi kalo dah dekat luar memang beli jer lah tanpa pandang harga. Tapi nak buat dia senang nak matey. Meh ni mama share buat sardin puff menggunakan kulit pastri segera dari jenama Kawan. 


Bahan-bahan :
  • Kulit pastri segera jenama Kawan. Mama tak sure ada kulit pastri jenama lain
  • Sardin
Cara-caranya :

Mula tu hampa buat la isi sardin hancur. Ehh itu pun mama nak kena ajar ke. Tapi make sure hampa buat jangan berkuah la sebab nanti banjir plak kulit pastri. 

Mula tu hampa ambik kulit pastri. Lenyek la dulu kalo nak bagi lebar. Kemudian letak inti sardin kat tengah. Jangan la letak banyak satgi tak boleh tutup pastri tu pulak

Lepas tu hampa ambik garfu dan tekan la tepi kulit pastri tu bagi terkatup. Kang tak tekan terburai isi inti tu pulak. 

Panaskan air fryer dengan suhu 180'c dan bakar selama 10 - 15 minit

Tadaaa siap sardin puff sebijik sejibon macam kat kedai roti bakeri tau. 

Hahh senangkan. Inti tu hampa nak pelbagaikan letak Nutella pun boleh, nak letak inti kentang boleh. Suka-suka hati hampa la nak buh apa pun. Kulit pastri tu nak buat segitiga boleh nak buat petak pun boleh hahaha asalkan bakar jadi macam dalam gambar tu ye. Selamat mencuba. 

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Aje senang betul jue. Pasni boleh buat sendiri la

    ReplyDelete
  2. nak try la,kulit pastri ni ada lagi sebungkus dalam peti ais,adik beli buat apa tah hari tu,....

    ReplyDelete
  3. ok sedap!!! itu je nak komen.. adeh.. laparrrrrr...

    ReplyDelete
  4. Very useful info! Thanks Again. Will read on… Visit us https://go-wellspring.com/

    ReplyDelete

Like us on Facebook