Pelancaran Produk Muslim Jenama Ashraffi Iaitu Beras Putih & Beras Basmathi Pusa

11:37 PM

#MembeliSambilMenderma dan inilah peluang kita selangkah untuk membawa bekalan kita ke akhirat nanti. Sambil kita membeli dan dalam masa yang sama kita sambil bersedekah kepada orang yang susah dan juga asnaf. Nampak sangat mudah kita mengumpul pahala dengan membeli beras keluaran Ashraffi dan hasil dari beli beras tersebut telah didermakan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam inilah menjadi sikap terpuji untuk saling bantu membantu kepeda sesama agama kita. 


Pada Isnin baru-baru ini, mama menghadiri satu majlis pelancaran produk beras jenama Ashraffi iaitu pemilik kepada Ustaz Dr Mohd Ashrad bin Suarin. Dengan slogan 'Suci, berkualiti dan sedap dinikmati' Ustaz Dr Mohd Ashraf nekad untuk mengeluarkan makanan ruji ini sebagai satu ibadah fardu kifayah bagi membolehkan masyarakat mendapatkan makanan yang halalan toiyiba,bersih tanpa diragui. Ustaz Mohd Ashraff, adalah seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang.

Ustaz Mohd Ashraf berkata, beliau bekerja dengan niat kerana Allah SWT dan berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz. Bertepatan itu, beliau merealisasikan impiannya dengan menaja rancangan Yadul Ulya, iaitu sebuah rancangan berbentuk CSR yang sudah pun menjalani rakaman mendekati golongan Orang Asli di Genting Peras dan membantu asnaf fakir miskin di Sungai Besar.


Antara asbab lain beliau mengeluarkan produk Beras Ashraffi ini adalah sebagai salah satu punca pendapatan untuk menampung pelajar tahfiz di PMTHQ yang kebanyakannya merupakan golongan anak yatim dan asnaf. Beliau juga menjadi pengedar untuk maahad-maahad tahfiz lain mendapatkan makanan ruji ini kerana menerusi penelitian beliau kebanyakan pengeluar beras terdiri daripada golongan non-muslim. 

Sehubungan itu, beliau nekad ingin mengeluarkan beras jenama sendiri yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Beliau juga menyarankan agar semua umat Islam hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain serta memajukan masyarakat Islam ke satu tahap yang lebih tinggi.


Projek Beras Ashraffi adalah kerjasama antara pihak Pondok Motivasi Sdn Bhd dan Enigma Food Technology. Justeru, Pondok Motivasi Sdn Bhd melantik Enigma Food Technology untuk mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk Beras Ashraffi. Pelakon Eby Yus, adalah salah seorang daripada penyelaras projek untuk menjayakan projek beras Ashraffi.


Mengenai Ustaz Dr Mohd Ashraf bin Suarin 

Taraf Pendidikan
  • Ijazah Syariah Hukum (UIN Riau Indonesia)
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (UPM)
  • Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan (UM)
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Dakwah dan Pembangunan Insan (UM) 
Pengalaman
  • Mudir Pondok Motivasi (Tahfiz) PMTHQ,Tanjung Karang, Selangor
  • Pembimbing Utama Pondok Motivasi Training & Consultancy (PMTC)
  • Pengasas Pondok Souq Bukit Kapar, Selangor
  • Pengasas Pondok Care
  • Selebriti Dakwah TV & Care
  • Penceramah Bertauliah JAIS & JAWI
  • Penceramah Radio IKIM, Selangor FM & Manis FM
  • Bekas Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Dakwah (PAID), Daerah Kuala Selangor
  • Aktivis Kemanusiaan, Penerima Penghargaan Kerajaan Kemboja
  • Penceramah & Jurulatih Pembangunan Modal Insan
  • Pembimbing Haji & Umrah
Beras Ashraffi ini mempunyai peratusan hancur yang rendah iaitu 5% sahaja. Beras putih Ashraffi pula diimport daripada Vietnam & Thailand manakala beras Basmathi Pusa Ashraffi pula diimport daripada India & pakistan. Di bawah ini senarai harga Beras Ashraffi :-

Beras Putih Ashraffi
RM4 = 1 kg
RM20 = 5 kg
RM40 = 10 kg

Beras Basmathi Pusa Ashraffi
RM14 = 1 kg
RM70 = 19 kg


Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Qur’an telah ditubuhkan pada tanggal 3 Mac 2013 bertempat di sebuah rumah pusaka milik Dato’ Jahaya Ibrahim di Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor. PMTHQ memulakan operasi dengan khidmat tiga orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Berkat kesabaran dan kesungguhan mudir dan para guru pada tahun 2016 PMTHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwaqafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok J, Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor, untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.

PMTHQ adalah sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Quran dan menjadikan pembelajaran al-Quran sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Selain itu, objektif utama PMTHQ adalah untuk membangunkan generasi al-Quran dan pendakwah yang bermotivasi.


Pondok Souq adalah syarikat milik 100 peratus Bumiputera Islam yang mengedar makanan sejuk beku yang segar dan halal. Selain itu, Pondok Souq juga menyediakan keperluan harian lain dan ubat-ubatan malah di sini pelanggan juga pasti teruja dengan koleksi minyak wangi dan koleksi jubah yang dijual di Pondok Souq yang terletak di Bukit Kapar, Klang.

Marilah sama-sama membantu sekaligus memajukan lagi ekonomi masyarakat Islam bumiputera. Sambil membeli kita boleh sambil beramal dan InsyaAllah dengan niat pembelian beras ini dapat membantu golongan orang susah serta semoga Allah mempermudahkan urusan kita.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook