SAFI Hydra Glow | Berseri Dengan Kulit Lembap

10:00 AM

Pernah tak korang kalau tak cukup minum air, badan kita akan rasa kering, tidak bermaya dan kulit muka mulalah breakout rasa tak lembap jer. Yer sebenarnya kalau kita kekurangan air kulit muka terus rasa tak anjal, gatal dan kadang tu kulit muka boleh cedera sebab kita terlebih garu kulit wajah. Bukan sahaja kita perlu minum air dengan secukupnya malah penjagaan kulit wajah pun penting kena cukup air juga tau untuk dapatkan kulit lembap sentiasa. 


SAFI tidak asing lagi satu jenama Halal terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada rangkaian penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandi yang lengkap serta dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan moden wanita mahupun lelaki muslim. Dibuat dengan bahan semulajadi terbaik yang mengesahkan syarat Syarak dan diperakui HALAL oleh JAKIM dan produk Safi ini bebas gelatin.

Baru-baru ini mama diperkenalkan produk terbaru dari SAFI iaitu SAFI Hydra Glow. Set ini merupakan penjagaan kulit yang menghidratkan semulajadi disertakan dengan Teknologi Hydra Active³ yang terdiri daripada Ekstrak Beras Fermentasi, Vitamin B5 dan Asid Hyaluronik yang dirumus khas oleh SAFI Research Institute dan Halal untuk membantu memberikan kulit kering dengan penghidratan maksiumum serta memberikan kulit lebih cahaya sihat dari luar dan dalam dan kulit lebih lembap tanpa rasa berminyak pada kulit. 


Untuk set SAFI Hydra Glow ini terdapat 5 rangkaian iaitu :-
  1. Hydrating Water Cleanser
  2. Hydrating Toning Essence
  3. Hydrating Water Bank Serum
  4. Hydrating Water Drop Moisturiser
  5. Hydrating Water Lock Mist
Mesti nak tahu kan kenapa SAFI menggunakan Ekstrak Beras Fermentasi ini pada produk terbaru Safi Hydra Glow?
  • Penggunaan air beras adalah salah satu rahsia kecantikan China Kuno
  • Wanita Cina menggunakan air beras dijadikan sebagai penyegar kulit setiap hari untuk penghidratan sejak zaman purba
  • Mereka percaya bahan-bahan dalam Air Beras Fermentasi dapat membantu penghidratan dimana dapat melicinkan kulit wajah dan mengecilkan liang pori wajah
  • Kesan penggunaan air beras dapat menyegarkan dan menenangkan kulit wajah

Wah memang terbaik produk keluaran Safi kali ni. Bayangkan dengan bahan semulajadi seperti ekstrak air beras dapat memberikan kulit lebih licin, lembap dan berseri. Dengan hanya 5 rangkaian Safi Hydra Glow ini seperti cleanse, tone, treat, moisturise & finisher yang sangat lengkap untuk dapatkan hasil kulit yang diingini. 

SAFI Hydra Glow Hydrating Water Cleanser


Hydrating Water Cleanser dengan formulasi Anti PM2.5 untuk menghidrat secara aktif dan lembut serta membersihkan kotoran agar kulit lebih bersih, terhidrat, lembap dan kulit lebih berseri. Dengan Teknologi Hydra Active³ menggabungkan 3 bahan penghidratan yang hebat seperti :-
  • Ekstrak Beras Fermentasi
  • Vitamin B5
  • Asid Hyaluronik
Cara penggunaan :
Sapukan pada wajah yang basah, urut dengan lembut dan bilas dengan air bersih. Boleh digunakan pada waktu pagi dan malam untuk dapatkan kulit yang bersih.

SAFI Hydra Glow Hydrating Toning Essence


Essence toning Hydra Glow ini berasaskan air yang menghidratkan jauh ke lapisan kulit untuk menyegarkan dan melembapkan secara aktif sehingga 48 jam. Ia telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan kulit lebih lembap sebanyak 1.6x sejurus selepas sapu pada wajah dan kulit kering hilang, lembap dan bersinar.

Cara penggunaan :
Selepas cuci wajah dengan cleanser, sapukan Hydrating Essence Toning di permukaan seluruh wajah pada pagi dan malam untuk mendapatkan kulit lebih lembap , lembut dan berseri. 

SAFI Hydra Glow Hydrating Water Bank Serum


Hydrating Water Bank Serum dengan dos yang sangat tinggi nutrien seperti Vitamin B3 dan B5 untuk memberi penghidratan dan dapat melembapkan kulit jauh ke dalam, melicinkan kulit kering dan mengembalikan kelembapan kulit agar kulit lebih nampak berseri, terhidrat dan bersinar.

Dengan Teknologi Hydra Active³ dapat mengurangkan kulit kering, dapat memberikan kulit dalam yang lebih baik, melembabkan dan melegakan kulit gatal. Bukan itu sahaja Bank Serum ini dapat memberi kelembapan kulit dengan berkesan serta menganjalkan kulit. 


Cara penggunaannya :
Hanya titiskan 2 hingga 3 titis ke atas muka dan urut dengan lembut sehingga menyerap sepenuhnya. Untuk paling berkesan digunakan selepas mencuci dengan cleanser dan toner. Boleh digunakan setiap pagi dan juga malam sebelum tidur. 

SAFI Hydra Glow Hydrating Water Drop Moisturiser


Menariknya Hydrating Water Drop Moisturiser adalah krim pelembap yang ringan dan berubah menjadi titisan air penghidratan apabila sapu pada wajah. Dengan Vitamin B3 yang larut dalam air dapat memulihkan, berkesan mengekalkan dan meningkatkan kelembapan kulit, dapat meratakan warna kulit serta menganjalkan kulit agar tampak kulit lebih lembut, terhidrat dan berseri. 

Penggunaanya :
Sapu pada wajah dan urut secara keatas sehingga krim meresap ke dalam kulit wajah. Boleh digunakan pada siang hari dan sebelum tidur. 

SAFI Hydra Glow Hydrating Water Lock Mist


Akhir sekali jangan lupa sembur Hydrating Water Lock Mist yang berasaskan air yang ringan dan menyegarkan. Diformulasi dengan keseimbangan pH kulit dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga diperkaya dengan pelembap semulajadi untuk membantu memberi penghidratan, menjaga kulit agar lebih lembut, terhidrat dan bersinar.

Cara penggunaannya :
Semburkan secara merata ke seluruh wajah yang baru dibersihkan dan dilembapkan. Boleh juga digunakan sebagai base makeup atau selepas mekeup agar kulit sentiasa lembap sepanjang hari.

Review mama :
Hampir 2 minggu mama gunakan set Safi Hydra Glow memang kulit mama jadi lebih lembap. Kadang tu rasa macam berminyak jer kulit tapi sebenarnya bukan kulit berminyak tapi kulit mama yang lembap. Heheheh. Paling mama suka tekstur skincare Safi Hydra Glow ni wangi, lembut dari Ekstrak Beras Fermentasi dan mudah meresap ke dalam kulit. Kalau kulit rasa kering sekali guna jer dah best.


Untuk Water Drop Moisturiser lagi lah best selepas sapu dekat wajah terus rasa jadi air yang meresap ke dalam kulit. Terus kulit lebih anjal toing toing jer. Cuma parut jerawat ni biasalah kena take time untuk hilangkan dekat wajah. Nak tak nak mama kena sabar dan konsisten guna Safi Hydra Glow ni untuk dapatkan kulit lebih lembap, kulit cerah dan berseri-seri.

Harga set Safi Hydra Glow ini tak der mahal pun dan sangat berbaloi-baloi boleh tahan lama tau. Set Safi Hydra glow ini sesuai bagi golongan wanita Melayu 20 an dan ke atas. Bagi wanita yang ada masalah kulit wajah seperti kulit kering cubalah dapatkan set Safi Hydra Glow di Guardian dan Mydin Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :- 

Website : www.safi.com.my

Love,

/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. alalala...comelnya akk...
    warna dia sgt cantik...
    lepas ni nampak lebih glow la :)

    ReplyDelete
  2. hai nak tanya, mula2 guna mcm mana ya. 1st cleanser. then toner. lps toner tu perlu cuci muka lagi ke

    ReplyDelete
  3. sy daa try.. sakit psoriasis bole try.. lembab rasa ..wangi buga rose

    ReplyDelete

Like us on Facebook