Trend Kecantikan Terkini Dari Seluruh Dunia Kini di GUARDIAN

10:54 PM

Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia telah mara selangkah lagi ke hadapan dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia agar keperluan pelanggan dalam normal baru dapat dipenuhi.  

“Dulu kita boleh berkunjung ke luar negara dan membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini yang belum boleh didapati di Malaysia. Namun gaya hidup sebegitu agak mustahil kini akibat daripada pandemik COVID-19,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura.


“Oleh itu, daripada perubahan gaya hidup yang belum pernah kita alami sebelum ini, tercetuslah satu ilham untuk mengadakan acara yang pertama seumpamanya iaitu Jualan Kecantikan Global (Global Beauty Sale atau GBS) untuk memberikan pelanggan kami akses mudah yang berterusan kepada produk-produk kecantikan terhebat dari seluruh dunia pada nilai yang hebat,” tambah Anna. 

Kempen selama sebulan yang bermula pada 3 November sehingga 2 Disember 2020 itu menampilkan pelbagai produk kecantikan yang menjadi trend di seluruh dunia. Seleksi mantap itu mewakili jenama terbaik dari semua jenama global dan mencerminkan komitmen Guardian terhadap kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam memastikan pelanggan sentiasa mendapat produk berkualiti tinggi pada nilai hebat.


Inisiatif GBS adalah rentetan kepada pelancaran semula stor utama Guardian yang canggih di Suria KLCC yang mempamerkan produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini dan teknologi paparan yang baru. Transformasi stor tersebut dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelanggan mengenai keperluan produk, kualiti dan harga.

Mengulas tentang GBS, Anna berkata: “Selain pilihan jenama dan produk yang pelbagai, kami juga menawarkan diskaun sehingga 50% kepada para pelanggan sepanjang tempoh ini. Seleksi produk termasuk jenama-jenama kecantikan terkemuka dari Korea dan Jepun, produk kecantikan semula jadi terbaik, jenama-jenama baru di Guardian dan barangan keperluan harian dari 26 negara termasuk Malaysia.”


“Sebagai contoh, kami mempunyai satu bahagian untuk produk kecantikan terbaik untuk seri kecantikan dari Thailand, untuk penampilan anggun seperti pelakon drama Korea dan untuk rupa wajah cantik setiap hari seperti drama Jepun, solekan yang memberikan anda gaya glam klasik Eropah Barat dan banyak lagi untuk penjagaan peribadi, penjagaan rambut, penjagaan kulit dan keperluan harian,” jelas beliau.

Antara tawaran-tawaran hebat lain di Jualan Kecantikan Global Guardian termasuk:
  • Tawaran BELI 1 PERCUMA 1 untuk lebih 190 produk penjagaan peribadi 
  • Lebih 100 barangan penjagaan kulit ditawarkan pada harga RM1
  • Nilai HEBAT setiap hari - lebih 1,300 produk keperluan harian dengan potongan harga setiap hari. 
  • Dapatkan penimbang Smart Digital Bluetooth PERCUMA dengan pembelian minimum RM220 untuk mana-mana produk Penjagaan Kesihatan dalam satu resit (sementara stok masih ada) Peralatan dapur silikon PERCUMA (set 3 barang) dengan pembelian minimum RM88 untuk mana-mana produk Penjagaan Peribadi dalam satu resit. 
  • Kereta Honda Civic BARU untuk dimenangi dalam peraduan SHOP, WAVE & WIN. Hanya belanja minimum RM30 dan bayar menggunakan kad ATM MyDebit anda, ambil gambar slip transaksi, hantarkan gambar anda dan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa sebuah kereta baru.


“Jadi, anda tidak perlu terbang mengelilingi dunia untuk produk Kesihatan dan Kecantikan anda, kami bawakan produk-produk terebut dari seluruh dunia kepada anda. Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk membeli dan mendapatkan stok barangan keperluan harian anda kerana Guardian sentiasa menawarkan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terbaik,” kata Anna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kegemaran anda pada harga diskaun sepanjang Jualan Kecantikan Global ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy

Love, 
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook