TIARA SENDAYAN | Menawarkan Gaya Hidup Moden Dalam Taman Hijau
9:38 AMMemiliki sebuah rumah impian adalah keinginan semua orang. Yer lah sampai bila kita nak menyewa
rumah dengan orang. Tambah setiap keluarga memerlukan rumah yang selesa dengan suasana
persekitaran yang baik dan untuk anak-anak membesar kelak. Ada yang suka rumah bercirikan moden
dengan mempunyai tanah, lengkap dengan kemudahan, fasiliti dan kawasan persekitaran yang tenang dan
damai menjadi pilihan ramai daripada kesibukan di kota. Bagi yang mahukan ciri-ciri reka bentuk serta
konsep kediaman seperti ini bolehlah cari kediaman impian anda di Tiara Sendayan.
Tiara Sendayan terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban. Bagi orang
ramai yang berminat perumahan Tiara Sendayan ini adalah dibawah pemaju terkemuka iaitu Matrix
Concepts Holdings Bhd. Untuk pengetahuan semua, Tiara Sendayan ini meliputi kawasan seluas 295 ekar
yang dibahagikan kepada sembilan presint dan pusat komersial.
Tiara Sendayan ini juga menawarkan fasa terbaru iaitu, HESSA Presint 7 dengan reka bentuk praktikal
yang mudah dihubungkan dengan pelbagai kemudahan yang penting dalam pembangunan yang berpusat.
Hessa @ Tiara Sendayan ini terdapat 254 unit yang berkeluasan dari 2,156 kaki persegi. Menariknya
projek ini, susun atur yang praktikal dan fleksibel dengan mewujudkan ruang terbuka untuk keluarga
berkumpul bersama Hessa dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.
Selain itu, pemilik Hessa dapat mengunakan Central Park seluas 12 ekar dengan tasik dan pelbagai
fasiliti. Bukan itu sahaja, Pelbagai kemudahan seperti taman permainan eksklusif, pusat hab komersial,
food bazaar dan stesen minyak hanya jarak berjalan kaki.
Bersebelahan Bandar Sri Sendayan membuatkan pembeli Tiara Sendayan dapat mengunakan kemudahan
tersedia seperti sekolah, bank, klinik atau hospital, shopping mall dan pelbagai lagi.
Dengan pelbagai ciri-ciri dan kemudahan yang berdekatan dengan Tiara Sendayan ini dapat menarik minat
pembeli untuk mendapatkan kediaman mereka di sini. Bukan sahaja mampu milik malah dari segi keluasan
rumah sangat sesuai untuk seisi keluarga yang mempunyai keluarga yang besar atau untuk memiliki aset
dengan gaya hidup moden dalam taman hijau di Tiara Sendayan.
Harga rumah Hessa @ Tiara Sendayan ini bermula dari RM485,999.00 semestinya sukar untuk
dilepaskan. Bagi yang sedang mencari kediaman dengan reka bentuk yang moden, pegangan bebas serta
kemudahan asas yang lengkap boleh hubungi 1800 88 2688 atau layari www.tiarasendayan.com. Kepada
pembeli juga bakal menerima pelbagai promosi menarik semasa pembelian rumah idaman Hessa @ Tiara
Sendayan.
Website : www.tiarasendayan.com
Facebook : www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram : www.instagram.com/matrix_concepts
Call : 1-800-88-2688
#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship
#AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving
5 Comments
cantik kawasannya
ReplyDeleteBestna suasana rumak kat sini..fasilites dia memang terbaik..macam macam ada..rumah pun besar..kalau la ada duit banyak boleh beli hehe
ReplyDeleteFuh menarik sungguh perumahan ni. Anak-anak pasti suka sebab ada kawasan lapang dan taman permainan yang luas nie.
ReplyDeleteAdakah jodohku akan membeli rumah di sini pula? Ciri-ciri rumah yang menjadi idaman dah nampak semua di situ
ReplyDeleteCantik dan selesa rumah-rumah kat sini best juga dapat semua berkumpul kat sini heheheheh..
ReplyDelete