Promosi Pembukaan LuLu Hypermarket Yang Ke 3 Di Setia City Mall, Shah Alam

11:47 PM

LuLu Hypermarket & Department Store, shopping complex membeli belah yang tidak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur. Selepas pembukaan di One Shamelin, kini LuLu Hypermarket yang ke 3 telah dibuka di Setia City Mall, Setia Alam dengan tawaran pembukaan harga yang cukup menarik dari hari ini sehingga 4 April 2021. Tawaran pembukaan ini memang woww sangat dan akan membuatkan korang shopping tak ingat dunia. Jangan tak percaya tawaran murah ke atas iPhone, TV 65", Milo, barangan segar, makanan panas, roti dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan korang, LuLu di Setia City Mall ini lebih luas dengan keluasan 150 ribu kaki persegi. 


Selain dari tawaran pembukaan hari ini, LuLu juga menyediakan semua keperluan Ramadan yang bakal tiba. Oh ya, LuLu Hypermarket ini terdapat 3 level iaitu Level 1 - Barangan Makanan, Level 2 - Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan lain-lain dan Level 3 - Barangan Elektrik & Elektronik. Bagi yang datang ke LuLu jangan risau tentang tempat letak kereta kerana lebih daripada 400 tempat letak kenderaan terbuka serta tempat letak kenderaan pelbagai tingkat telah disediakan oleh Setia City Mall. 



Di Level bawah sekali menawarkan pelbagai barangan makanan kering, basah, toileteries, dan macam-macam lagi. Jangan tak percaya harga yang ditawarkan sempena pembukaan LuLu Hypermarket ni memang tak masuk dek akal. Tengok la harga Maggi 2 minit ni sepekt RM1.88 sahaja. Mama gerenti dekat luar tak akan dapat harga semurah macam ni. Ehh ada lagi jap jap jap sepeket mee kuning hanya RM0.29 sen jer. wowww siapa yang jenis stok meniaga mee goreng ker, mee kari ker why not korang boleh borong murah-murah dekat LuLu hahaha. Jimat duit yer tak. 

Ramadan kan bakal tiba tak lama lagi, di LuLu menawarkan kurma berkualiti tinggi yang diimport khas dari Arab serta pelbagai barangan Arab seperti minuman dari sana turut terdapat di sini. Sangat mudah dan menyenangkan untuk kita membeli-belah kerana susunan ruang niaga yang besar, bersih dan teratur serta selesa kepada pengunjung. 





Bukan tu jer siapa pergi ke LuLu ni memang best yer coz korang akan rasa seronok untuk membeli belah dengan keadaan teratur dan sangat tersusun. Tengok la bahagian ikan, ayam, cili, bawang, sayur-sayuran, buah-buahan semuanya tersusun mengikut barang. Jadi kita sebagai pembeli rasa seronok untuk memilih dan memudahkan membeli belah dengan cepat. Hahhh bab paling best adalah bahagian makanan kerana di LuLu sahaja terdapat makanan seperti sushi, nasi beriani, ayam panggang, baklava, kek, biskut dan macam-macam lagi yang pastinya kesemua hidangan panas-panas dan fresh. 




Di bahagian bawah juga terdapat jualan seperti pingan mangkuk, periuk belanga, sabun basuh baju, pelembut baju, barangan toileteries dan semua lah ada dekat situ. Rasa setiap bahagian korang patut wajib lalu dan beli yer. Tengok la harga air Twister 2 botol hanya RM8.89 sahaja. Set periuk belanga Chefline ni pula hanya RM79.99 dari RM155.00. Giler murah. memang wajib la mak-mak terguda dengan harga ditawarkan. Ehh ada lagiiiii kalau basuh baju takder pelembut memang tak lengkap kan. Dah sepeket pelembut kain jenama Softlan RM4.45 sepeket dan apa lagi terus borong 4 yer baru jimat berganda-ganda. 



Jom kita tengok bahagian atas iaitu bahagian yang menempatkan Lulu Fashion Store untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, kasut, bag, barangan bayi dan jangan lupa singgah di bahagian penting iaitu LuLu Celebrate. Dengan tawaran harga pakaian di sini berbaloi-baloi dengan design rekaan fesyen terkini dan pelbagai promosi yang berbeza-beza mengikut jenama. Ada diskaun 25%, 30%, 50% memang rambang mata dibuatnya. Oh ya boleh juga dapatkan baju-baju raya seperti baju kurung, tudung, baju melayu, sampin, songkok untuk persiapan hari Raya yang bakal tiba. 

 



The best part of LuLu Hypermarket terdapat bahagian LuLu Celebrate dengan menawarkan promosi kain saree, churidar dengan harga dari RM99 sahaja daripada harga asal RM169. Manakala churidar pula ada yang ditawarkan pada harga RM29 dan RM119. Pelbagai pilihan warna, corak dan design terkini serta pelbagai material fabrik untuk saree. Memang sangat cantik yer kain saree ni boleh la buat baju kurung guna kain saree pula. Diskaun yang berbaloi sempena promosi pembukaan LuLu sehingga 4 April 2021.


Hahh kalau korang nak tahu di bahagian paling atas ini merupakan barangan stationery, luggage & sport dan peralatan Elektrik & Elektronik yang sangat popular dengan tawaran harga yang tidak masuk akal dan lagi murah. Kalau tak percaya wajib datang pergi dan lihat sendiri harga-harga peralatan elektrik di sini. Mama sendiri pun terjebak beli blender jenama Philips dengan hanya RM69 daripada harga asal RM131. Fuhh lagi mengancam harga TV jenama Samsung 55 inch dengan harga RM1699 membuatkan mama tak tahan nak membelinya. Hahaha. Dah balik rumah pun still teringat-ingat ni memang parah la. 





Bagi sesiapa nak beli peti ais, mesin basuh, aircond, periuk nasi, kettle, dan segala mak neka semua ada yer. So korang boleh buat comparison dengan harga di luar dan LuLu menjanjikan harga yang paling murah berbanding harga di luar. Perasaan membeli-belah di sini rasa suasana beli-belah bertaraf antarabangsa yer. 



So yang mana berdekatan dengan Setia City Mall boleh la terjah ke LuLu Hypermarket dan jangan lupa dapatkan tawaran harga pembukaan dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021. Serentak itu juga promosi tawaran Ahlan Ramadan bersempena kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Jangan lepaskan tawaran harga yang menarik sempena pembukaan LuLu yang ke 3 di Setia Alam.

Untuk info lebih lanjut boleh layari :

LuLu Hypermarket Setia City Mall
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook