Buka Puasa Buffet 'Selera Ibunda' Di Thyme Out Cafe by Equatorial, Bangunan AICB Kuala Lumpur

5:25 PM

Alhamdulillah Ramadan tahun ni bakal tiba tak lama lagi. Seingat mama tahun lepas semua menyambut dengan keluarga kerana dek covid 19 yang telah melanda negara kita. Ramai yang ternanti-nanti pada bulan Ramadan iaitu promosi bufet Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan of coz la kita nak juga berbuka puasa di luar. Kalau hari-hari di rumah pun jemu juga. Oh ya mesti yang mencari promosi bufet Ramadan yang ditawarkan oleh restoran dan hotel. Kali ni mama nak bawa korang meninjau promosi bufet Ramadan 2021 di cafe Thyme Out by Equatorial yang terletak di bangunan AICB Centre of Excellence (ACE).



Untuk pengetahuan semua cafe Thyme Out by Equatorial merupakan pertama kali menghidangkan bufet Ramadan 2021. Walaupun ia masih baru tetapi mama teruja untuk mencuba menu-menu yang dihidang oleh cafe ini. Oh ya cafe ini juga dibawah syarikat sama yang menguruskan hotel EQ Kuala Lumpur. Bagi yang nak datang ke Thyme Out by Equatorial ini terletak di aras lobi Bangunan AICB Centre of Excellence ini adalah bersebelahan Bank Negara Malaysia. Jadi korang boleh menaiki kereta sendiri atau grab dan komuter untuk ke cafe ini.



Ketua Chef bagi Thyme Out by Equatorial ini dikendalikan oleh Chef Juzaili yang mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang kulinari dan perhotelan. Walaupun buffet ini masih baru tapi jangan terkejut kerana menu-menu yang ditawarkan mampu menandingi hotel-hotel hebat di luar sana. Dengan bertemakan "Selera Ibunda" menawarkan pelbagai masakan dengan 100 authentic dan nostalgia dari air tangan ibunda di kampung. 




Bufet Ramadan 2021 Thyme Out by Equatorial yang bertemakan Selera Ibunda ini menawarkan lebih daripada 100 juadah berbuka puasa akan disajikan kepada para pengunjung. Antara yang menarik perhatian adalah Sup Gear Box, Daging Tetel Gulai Kawah, Kambing Masak Hitam, Kambing Golek, Nasi Briyani, Daging Salai Masak Lemak, Udang Galah Asam Lemak, Kari Kepala Ikan dan banyak lagi menu tradisi yang pasti mengingatkan kita kepada masakan ibunda tercinta di kampung.







Bukan itu sahaja, korang juga tidak lepaskan peluang menikmati menu yang lain seperti Sate Ayam & Daging, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam & Daging, pasembor, aneka sup, aneka bubur, kuih muih dan pencuci mulut, buah-buahan serta ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu.








Bufet Ramadan di Thyme Out Cafe by Equatorial ini akan berlangsung bermula dari 14 April 2021 sehingga 9 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Manakala harga yang ditawarkan iaitu :
  • RM 115 nett untuk Dewasa
  • RM 57 nett untuk Kanak-kanak (6 - 12 Tahun)
  • RM 98 nett untuk Dewasa bagi pembelian awal dari 31 Mac - 12 April 2021

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh hubungi 03-2602 4200 atau Whatsapp ke 010-4292 776 atau email ke thymeout@stfresourcers.com untuk pembelian bufet Ramadan di Thyme Out Cafe by Equatorial. Bagi yang ingin menu bawa-pulang atau perkhidmatan penghantaran sepanjang bulan Ramadan juga turut disediakan di sini hanya menerusi aplikasi https://www.degoapp.com . Di sini juga tersedia surau bagi mereka yang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan juga Terawih. 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari : 

Thyme Out Cafe
Ground Floor Bangunan AICB, 
No 10 Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook