Buka Puasa 'Ramadan Feast' Di Just Seafood, Sunway Giza Mall

11:50 AM

Selalunya kalau dalam bulan Ramadan mesti kita nak berbuka puasa dengan keluarga pasti kita akan cari kelainan bukan. Ramadan setahun sekali dan 30 hari jadi mestilah kita berbuka yang sedap, menarik dari hari-hari yang lain. Ok memandangkan mama tahu ramai yang hantu seafood kan so mama nak bawa korang semua tengok menu seafood terbaru di Just Seafood, Sunway Giza Mall Kota Damansara.


Untuk pengetahuan semua, Just Seafood telah dibuka 7 tahun yang lalu di Malaysia dan ia telah menjadi salah satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan dengan gaya yang unik yang memenuhi semua kaum dan budaya di Malaysia. Mama pasti yang mana datang ke Just Seafood wajib akan datang lagi kerana puas hati dengan makanan laut yang segar dan sos Cajun yang sangat unik menggamit selera.


Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Just Seafood menawarkan menu terbaru iaitu Baby Lobster yang diimport dari Amerika Syarikat dan ianya pertama kali di Malaysia. Kini korang dapat menikmati gaya makanan Louisiana Cajun sebenar dengan Baby Lobsters asli dari sana. Bagi yang pertama kali ke Just Seafood ini, mama sarankan pilihan sos istimewa mereka iaitu The Cajun Original dan menu sos ini sangat terlaris nombor 1 di sini. 

Ini adalah campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika kerana penduduk di sana menikmatinya dengan makanan laut. Jadi sos ini telah diolah untuk menjadikannya Cajun Asli Seafood di Just Seafood agar ia sedap, enak dan menepati citarasa rakyat Malaysia. Di samping itu, di Just Seafood juga mempunyai 3 sos lain yang luar biasa seperti :-
  • Butter Cream Milk - dimasak dengan hanya menggunakan mentega asli.
  • Golden Salted Egg - dimasak dengan kuning telur masinyang enak tak terperi dan menjadikan kegemaran ramai disini
  • Signature Curry - dimasak dengan campuran ramuan rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa rakyat Malaysia
Kesemua sos-sos ini sangat sesuai dengan semua makanan laut serta memberikan rasa istimewa kepada makanan laut. Dengan sos yang menarik menjadikan pelanggan akan makan makanan laut dengan penuh selera sehingga menjilat jari. 



Bagi yang ingin mencuba Baby Lobster boleh la memilih Baby Lobster Cajun. Walau Baby Lobster kecil dan comel tapi isinya sangat juicy dan manis. Memang gabungan menarik Baby Lobster dengan sos Cajun yang sangat wow itu. 

Harga Baby Lobster yang ditawarkan bermula dari :
  • RM80.00 untuk setengah KG (12 pcs)
  • RM150.00 untuk 1KG (24 pcs)
Baby Lobster ini disarankan dimasak dalam Sos Cajun Asli / Pedas Super Hot disertakan dengan Lobak, Kentang dan Jagung

Baby Lobster Cajun

Selain itu, bagi yang suka makanan laut seperti udang, ketam, kerang, sotong, baby octopus dan lain-lain yang dikukus boleh la mencuba NELAYAN PLATTER ditaburi sos yang disira di atas makanan laut yang berasal dari Pulau Bali, Indonesia. Sos ini adalah sos traditional yang digunakan oleh nelayan di sana untuk memasak makanan laut selepas mereka menangkapnya dari laut. Dengar pun dah sedap dan segar kan. Manakala gaya memasak makanan laut budaya khas ini dipelajari ketika pemilik Just Seafood berkunjung ke sana. Oleh itu, nama NELAYAN PLATTER ini diberi nama betapa uniknya makanan ini. 

Nelayan Platter

Makan seafood boleh pilih nasi atau mantou



Tiram Hidup (Dari Washington State USA, Saiz Besar)

1 pc RM18.00
Beli 4 pcs dapat 1 pc secara PERCUMA


Ketam Nipah (Dari Indonesia)

350g Size L RM40
450g Size XL RM55
550g Size 2XL RM75
650g - 790g Size 3XL RM100
800g - 1kg Size 4XL RM140

Ketam Bunga (Dari Sabah, ditangkap pagi dan diterbangkan ke KL pada hari yang sama. Tidak Beku)

1/2 Kg RM40
1kg RM75

Kerang (Indonesia & Thailand)
Kerang (Dari Jepun)
Kerang (Dari Chile)
Udang (Dari Sabah)
Sotong (Sabah)
Baby Gurita (Jepun)

So, jangan lupa mencuba PROMO RAMADAN FEAST di Just Seafood dengan harga yang sangat berbaloi tetapi kesegaran kesemua makanan laut yang mereka sediakan. Dengan hanya RM129++ untuk 2 orang memang sangat berbaloi-baloi untuk berbuka puasa makanan laut di Just Seafood.
 

SET untuk 2 Orang - RM129
  • (Ketam 350g, Udang, Lala, Kupang, Jagung/Kentang/Lobak Merah)
  • Pilihan Sos - (Original Cajun / Golden Salted Egg / Signature Curry / Butter Cream Milk)
  • Pilihan tahap kepedasan - (Medium / Hot / Super Hot)
  • 2 Pilihan Minuman - Ice Lemon Tea / LemonGrass Cooler
  • 2 Pinggan Nasi Kukus
  • PERCUMA : Buah Kurma | 4pcs Baby Lobster | 2 pcs Portuguese Egg Tart Amaris (Pencuci Mulut)

JUST SEAFOOD(Sebaris dengan Brew House)
No 2 Jalan PJU5/14 PJU5, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Dibuka SETIAP HARI dari jam 12.00pm - 10.00pm



Love, 
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Semuanya nampak sedap tapi aku ngak ngerti makan ketam hahaha... bilalah boleh merentas ni hmm

    ReplyDelete

Like us on Facebook