Relizema Dermarel | Rangkaian Produk Rawatan Penyakit Gatal-Gatal Dermatitis Atopik

12:20 PM

Pernah kita sedari bahawa alahan dan keadaan seumpanya kian meningkat di seluruh dunia. Antaranya dermatitis atopik (AD) iaitu antara penyakit kronik yang sering disebut di peringkat global dengan lebih 20% kanak-kanak dan 8% orang dewasa di kebanyakan negara adalah penghidap AD. Bukan sahaja jumlah global yang dianggarkan adalah sekitar 230 juta, angka ini terus bertambah, terutamanya di Asia, Afrika dan di Eropah Barat serta sebahagian Eropah Utara.


Dermatitis Atopik (turut dikenali sebagai ekzema atopik) adalah penyakit keradangan kulit kronik yang dikategorikan berdasarkan kegatalan teruk dan tompokan berkuping pada kulit. Rasa gatal menjadi sangat teruk sehingga ia mampu mengganggu waktu tidur, aktiviti harian, masa pembelajaran dan ketika bekerja. Ia biasanya terjadi berbeza mengikut usia dan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa bayi atau anak kecil (4 bulan ke dua tahun), fasa kanak-kanak (2 - 10 tahun), fasa remaja dan dewasa (1o tahun ke dewasa). Dalam kalangan bayi, AD boleh bermula sebagai keruping di bahagian kepala, kemudian merebak ke muka dan anggota badan, sehingga pada lipatan kulit. Sementara di peringkat dewasa, AD boleh memberi kesan kepada wajah dan pada bahagian atas kawasan kemaluan. 

Oleh yang demikian, satu syarikat Menarini telah memperkenalkan rangkaian Relizema - Dermarel kepada rakyat Malaysia yang menghidap AD bagi membantu merawat keadaan ini dengan lebih efektif. Relizema - Dermarel ini telah diuji secara dermatologi pada dewasa dan kanak-kanak untuk merawat AD, dermatitis lampin dan eritema bagi menenangkan, membaiki dan melindungi kulit kering dan sensetif. Antara rangkaian produk Relizema -Dermarel adalah :-

  • DermaRel Lipid Replenshing Cleanser (400ml)
Gel pembersih harian yang diformulasikan bagi merawat wajah dan tubuh yang sensetif dan kering sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Mengandungi kombinasi kompaun yang inovatif bertindak secara sinergi yang dapat menambah semua lapisan filem hydrolipid kulit, pembersih ini membantu membaiki semula pelindung semulajadi kulit, menambahkan kandungan air dalam kulit serta menggalakkan penghidratan dengan lebih cepat. Ia kaya dengan gliserin, nikotinamida, ceramida dan asid amino seperti proline dan glisin - membentuk faktor pelembapan semula jadi.

  • DermaRel Ultra Hydrating Lotion (400ml)
Formula yang kaya dalam DermaRel Ultra Hydrating Lotion menjadikannya ideal sebagai penjagaan harian bagi kulit kering dan sensetif bagi kalangan dewasa dan kanak-kanak. Formulasinya menggabungkan kompoun tiga jenis ceramida berbeza bagi membantu membaiki semula pelindung kulit semula jadi iaitu gabungan minyak sayuran yang meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit dan komplek ceramida larut lipo lemak yang melindungi kulit.

  • DermaRel Spray & Go (100ml)
Semburan bukan gas yang diformulasikan secara spesifik untuk melindungi kulit yang lembut dan sensetif pada kanak-kanak dan orang tua serta pesakit yang terlantar akibat ruam pada kawasan kemaluan dan punggung. Diformulasikan dengan zink oksida, zink glukonat, taurin dan panthenol ianya semburan menenangkan dan mencegah kemerahan dan terbakar. Ia boleh disembur terus pada kawasan yang terjejas dan tidak perlu digosok sekaligus meningkatkan kebersihan dan mengurangkan kerengsaan ketikan dan selepas penggunaan produk.

  • Relizema Cream (40ml)
Relizema Cream adalah rawatan topikal yang diperkaya dengan bahan antioksidan serta diformulasi khasnya bertindak pelindung kulit, membantu memulih dan mengekalkan penghalang lapisan kulit serta dapat melindungi dan melembap kulit dengan kesan yang menenangkan. Krim ini terbukti secara klinikal dapat memberikan kelegaan segera untuk rasa gatal-gatal dan kemerahan yang berkaitan dengan dematitis atopik serta eritema. 

Bagi merawat serta menghalang keradangan kulit kering haruslah menggunakan krim pelebap atau emolien setiap hari bagi mengelakkan puca kerengsaan seperti alergen. bila kekeringan dapat dikurangkan, rasa hendak menggaru dan risiko untuk jangkitan kulit juga berkurangan. Penggunaan emolien sangat penting kerana AD turut dikaitkan dengan anomali pada lapisan perlindungan kulit yang membolehkan penyerapan alergen ke dalam kulit dan seterusnya meningkat iritasi keradangan berterusan. 


Walau mama hanyalah penghidap mild ekzema tapi produk rangkaian DermaRel ini sangat membantu untuk mengelakkan kegatalan yang berpanjangan. Tambah sekarang musim panas memang kerap la mengalami kegatalan pada waktu malam. DermaRel ini dapat menenangkan kulit yang gatal dari terus merebak ke bahagian lain. Walau bau produk DermaRel ini tidak wangi tapi ia sejenis ubat yang menyembuhkan penyakit ini. 

Bagi yang ingin dapatkan produk rangkaian Relizema Dermarel ini boleh dapatkan di farmasi terkemuka atau secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini boleh layari www.relizema-dermarel.info/

Love, 
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. anak sedara timm sorang ada ezcema teruk, lanie dah ok dah sbb serasi dgn produk ape tah. teruk betul sampai berbalut-balut badan mcm mumiaa..

    ReplyDelete
  2. first time dengar tentang produk ni :)
    cantik packaging dia putih pink

    ReplyDelete

Like us on Facebook