Sudio NIO Case Apple Skin Leather Menggunakan Bahan Bio Kitar Semula

3:31 PM

Sudio NIO adalah teman rapat mama buat masa sekarang. Masuk kereta mama guna, tengok marathon drama Korea mama guna. Kira memang mama pengguna tegar Sudio NIO ni. Sayang giler dengan Sudio NIO tau. Kalau terjatuh rasa sakitnya hati macam dicalar-calar jer. Fun sampai tera tu mama sayang Sudio NIO ni. Coz earbuds paling best di abad ini dan yang boleh bertahan sehingga 23 jam yer. Tapi dah ada Sudio NIO yang mahal ni kena la ada baju protection dia yer tak.


Finally, Sudio telah mengeluarkan Sudio NIO Case dari Apple Skin Leather. Yeaa happynya lepas ni Sudio NIO mama dijamin terjaga rapi dengan ada baju khas. Seriously mama suka nampak NIO Case dia smart giler dengan warna hitam yang stylo lagi bergaya. Memang kena la black & white untuk Sudio NIO mama ni. 

Oh ya NIO Case ini diperbuat dengan menggunakan bahan bio kitar semula aiaitu kulit epal. Teruja mama dengar sampai mama bau-bau la case ni memang takder bau kulit epal pun. Prosesnya dimulakan dengan memprosesan kulit epal dari lembah Bolzano yang terletak di antara bukit dan ladang anggur di utara Itali. Kemudiannya kulit ini dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk dijadikan sebagai bahan asas yang akan digabungkan dengan bahan lain yang tidak beracun serta bahan yang organik. Selepas itu terhasilnya kulit terbiodegradasi yang lebih tahan lama dan lembut apabila disentuh. 


Rekaan NIO Case ini sesuai untuk Sudio NIo yang cukup terkenal dengan rekaannya yang memberikan pengguna selesa dengan ciri-ciri seperti IPX4, tahan lasak, kalis air dan terdapat teknologi mikrofon dwi adaptif.  Ternyata produk ini jauh lebih baik daripada produk kulit lain dan ia telah diperakui sendiri oleh USDA dan Vegan.

Paling mama suka dengan NIO Case ni adalah tentang jahitannya yang kemas dan sangat lembut apabila dipegang. Ini adalah casing pertama yang menggunakan kulit vegan tau! Kalau korang perasan terdapat tali getah untuk mencengkam Sudio Nio agar selamat dan tidak mudah jatuh.



Sangat mudah dibawa Sudio NIO ni. Kalau tak risau jer sebab earbuds NIO ni sangat licin dan mudah kalau terjatuh dari bag. Jadi dengan adanya NIO case ni ternyata NIO earbuds mama selamat dan mama tak perlu risau lagi serta selamat kalau terjatuh pada permukaan lantai. 


Sekarang Sudio telah mengadakan promosi yang cukup menarik iaitu setiap pembelian Sudio NIO korang akan diberikan NIO Case Apple Skin Leather ini secara PERCUMA dengan masukkan kod diskaun iaitu <NIOCASE> semasa pembelian Sudio NIO ini dan korang akan dapat diskaun sebanyak 15% so murahla Sudio NIO korang nanti. Tawaran ini untuk hanya dari 10 May sehingga 6 Jun 2021 (sehingga stok masih ada)

Bagi penghantaran Sudio ini adalah PERCUMA untuk seluruh Malaysia dan dimana sahaja (Worldwide) serta diberikan 3 tahun waranti dari Sudio Sphere. Woww best betul!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :


Love, 
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook