Fanbo Serlahkan Seri Setiap Wanita dan Memukau bak Sakura
3:59 PMMemilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-
benar sesuai untuk kulit anda adalah amat penting. Keadaan persekitaran di Malaysia
yang panas dan kering merupakan antara cabaran bagi produk tersebut, dan kini dengan
penjarakan sosial serta pelbagai tekanan lain, perlu dipastikan bahawa sebarang produk
yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal
hebat sebagaimana semasa mula memakainya.
Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita menerusi produknya,
supaya mereka dapat tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan
kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk
wanita pada semua peringkat umur. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk
semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini bersedia
untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang
sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya. Bagaimanapun,
’jenama nostalgik’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan
pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-
produknya mengikuti perkembangan terkini.
Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di
mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri.
Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama
tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan
mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang
mencerminkan alam semula jadi.
Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi
kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada
anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan
menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui
solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan
gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap
memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.
Precious White: Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura,
melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia
menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan
ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.
Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah
digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda.
Pancake Powder: Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak
kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak
yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB –
ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.
Pensel kening: Untuk membantu lebih menyerlahkan kening supaya tampak lebih
natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi
juga tahan lama.
Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan
kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori
wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan
halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.
Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, “Fanbo
berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami
mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu
semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk
yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya
hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan
sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa”.
Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut PGMall, Shopee dan juga Lazada.
Love,
0 Comments