PEPSI Mentransformasikan Pengalaman Muzik Dengan Konsert Augmented Reality (AR) Pertama Di Malaysia
12:38 PMPepsi sekali lagi mencetuskan revolusi baru dan mentransformasikan pengalaman muzik di Malaysia
dengan membawakan Konsert Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia, eksklusif untuk semua
peminat Pepsi pada 16 April 2021. Konsert ini mempersembahkan penyanyi popular Siti Nordiana
sebagai artis utama, dan turut menampilkan tiga bakat bertenaga tempatan iaitu Aidil, Bell dan Syafeek,
yang telah memenangi cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent.
“Di PepsiCo, muzik adalah cara utama untuk kami berhubung dengan para peminat kami, dan kami tahu
bahawa penggemar muzik di Malaysia sudah lebih setahun tidak dapat menghadiri konsert akibat
pandemik. Oleh itu, kami memutuskan untuk membawakan Konsert AR yang julung-julung kalinya
diadakan di Malaysia kepada mereka. Sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia,
konsert ini mencerminkan personaliti kami yang berani dan suka mencuba sesuatu yang baru. Khususnya,
kami membawakan inspirasi daripada Pepsi Black dengan rasa yang lebih hebat serta semangatnya yang
mencabar norma, di mana akses kepada kandungan konsert ini eksklusif bagi penggemar Pepsi Black
Raspberi iaitu perisa kola terbaru kami yang menawarkan rasa hebat, tanpa kalori.” kata Pengarah Kanan
Pemasaran Asia Pasifik PepsiCo, Salman Butt.
Konsert yang diterajui oleh Siti Nordiana, penyanyi yang telah dinobatkan sebagai artis wanita paling
popular (Artis Top Top MeleTOP Wanita) menerusi undian para peminat muzik dalam Anugerah
MeleTOP Era 2020, memberikan peluang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan lagu
terbarunya, selain menampilkan penari berbakat Bell, pemain bola sepak gaya bebas Aidil dan penyanyi
Syafeek. Dalam cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent yang lepas, ketiga-tiga bakat tersebut telah
mempamerkan aksi yang cemerlang dan terbaik dari kalangan 3,000 video uji bakat yang dihantar, di
mana video mereka berjaya menarik jumlah keterlibatan paling tinggi sehingga membolehkan mereka
muncul sebagai juara pertandingan #PepsiBoldTalent.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat setia kami di Malaysia, dengan mencipta
satu pengalaman yang amat istimewa untuk mereka, dan tiada cara yang lebih baik berbanding
mengangkat bakat-bakat tempatan dan menawarkan kepada mereka sebuah platform untuk mereka
mempamerkan keberanian dan keazaman mereka. Konsert AR yang julung kali diadakan ini
menampilkan bakat-bakat tempatan kita yang terbaik serta membuka wadah baru untuk rakyat Malaysia
menonjolkan diri dan mencapai impian mereka, sesuai dengan matlamat Pepsi dalam memperjuangkan
generasi masa kini yang tekad lagi berani, dan sentiasa membawakan keterujaan dan pengalaman baru
kepada para pengguna di Malaysia,” ujar Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee.
Trio muda Malaysia yang berbakat
Berazam untuk menambah baik bakat masing-masing dan berkongsi minat membuat persembahan demi
para peminat, trio muda ini menyimpan cita-cita yang besar untuk masa depan mereka. Penari berbakat
Bell, yang juga seorang pelajar berusia 22 tahun, mempelajari sendiri teknik tariannya selama tiga tahun dan berharap untuk menggunakan pendedahan ini bagi mencontohi kejayaan penari idolanya. Sementara
itu, Aidil pemain bola sepak gaya bebas berbakat yang juga berusia 22 tahun, mahu menggunakan
peluang ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai sukan bola sepak gaya bebas. Bekerja sebagai
seorang pereka grafik, Aidil mula aktif dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak hampir lapan tahun lalu,
di mana beliau meluangkan masa tujuh jam sehari setiap hujung minggu untuk mengasah bakatnya.
Manakala, penyanyi berbakat Syafeek, mula menyerlahkan bakatnya dalam bidang nyanyian ketika
sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Perancis dan berharap pendedahannya yang
terkini akan menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar sebagai penyanyi. Syafeek, yang
berpengalaman membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan mula menyertai pertandingan
menyanyi sejak tahun 2012, pernah memenangi pertandingan i-SiNG World di Paris pada tahun 2018.
Para peminat boleh menyaksikan lebih banyak lagi persembahan oleh trio ini di :
Bagaimana menyaksikan konsert ini
Para peminat muzik dan penggemar Pepsi Black Raspberi boleh menyaksikan Konsert AR pertama
Malaysia yang dibawakan kepada anda oleh Pepsi pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja mulai 16
April 2021 selama sebulan, dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah berikut :
- Dapatkan sebotol Pepsi Black Raspberi.
- Lawati laman sesawang pepsiARconcert.com.
- Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin telefon anda dan imbas botol berkenaan apabila diminta.
- Tunggu sementara AR botol Pepsi dimuat naik.
- Saksikan konsert ini, yang akan ditayangkan di atas botol berkenaan!
Love,
1 Comments
kena cuba
ReplyDelete