Melawat Kilang Mamee Chef Di Melaka

9:30 AM

Pada Sabtu yang lalu 31 May 2014, aku bersama dengan lebih 60 blogger yang lain telah pergi melawat kilang Mamee Chef di Melaka. Ini pertama kali aku join event Nuffnang ni. Memula tu agak malu-malu skit yer lah sapa la MamaJue ni kan.. hehehheh.. Memang agak teruja la dapat peluang macam ni kan. Rasa macam retis pun ada.. hahahah…

Meet-up point untuk para blogger harus berkumpul di Kilang Mamee Subang Jaya jam 8 pagi. Macam biasa la kalo katanya kul 8 pagi ada jugak yang lambat sebab sesat.. aku Alhamdulillah sampai awal sebab berpandukan GPS.. Kami bertolak dari Subang Jaya jam 9 pagi dan sampai di Melaka dalam jam 11 pagi.. 

Sesampai jer semua para blogger duk berselfie depan Mamee Monster ni..

  Pix dengan semua para blogger. Ramai sangat.. tapi best..

Kalo sebut Mamee aku just hanya terfikir mee Mamee slurp dan Mamee monster tu jer.. memang aku tak terfikir product dia banyak ok.. Hahaha.. Sebenarnya produk dia memang banyak, itu pun setelah masuk kilang dia.. aku jer tak tahu semuanya di bawah satu bumbung Mamee seperti air nutrigen, Mister Potato, Corntoz dan yang terbaru Mamee Chef.

Setibanya di kilang kami diberikan sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan kilang Mamee ni dan seorang chef akan menunjukkan aksi beliau membuat mee tarik dengan hanya menggunakan tangannya… memang terbaik la chef ni.. dan selepas itu sorang lagi chef yang sangat lenglui buat paste kari laksa.. perghh aroma dia memang menusuk2 la ke hidung…bau aroma rempah yang sangat sedap.. aku of coz la teruja nak rasa kesedapan Mamee chef Kari Laksa tu… orang kata tak cuba kita tak tahu kan.. Untuk produk Mamee ni telah di export ke 100 buah negara. Jadi kalo kita pergi ke Negara luar jangan bimbang Mamee ada jual disana. Senang la kita nak makan..

See mee tarik tu sangat halus yer…

Selepas itu, kami diberi peluang melawat seluruh kilang dari mixing tepung sehingga packing tapi dari atas la.. hahaha tak apalah.. asalkan boleh tengok kan.. bukan mudah nak dapat peluang macam ni.. tanpa Nuffnang sampai bebila la aku tak dapat masuk kilang Mamee ni…


Apabila masuk jer dalam kilang tu terus ada notice No Camera & No Handphone… Fuhhh tapi kami dapat hak eksklusif dan diberi kebenaran kepada semua para blogger untuk mengambil gambar disitu.. hahahha bertuahnya.. Untuk pengetahuan korang semua, Mamee mempunyai produk yang disahkan oleh Halal. Selain daripada itu, Halalan Toyiban telah diberikan kepada Mamee kerana mematuhi amalan terbaik industri iaitu dalam mengekalkan kualiti dan juga kebersihan dalam pengeluaran makanan. Alhamdulillah itu yang kita nak dengar sangat kan. Korang tak percaya tengok sijil-sijil yang diframekan di atas tu.. Penting tu Halal so korang semua jangan ragu2 la yer.. 

Mixing – Rolling – Cutting – Frying – Cooling – Slitting

And finally Packing

Selepas selesai melawat kilang kami terus menikmati hidangan makanan tengahari di Mamee Gallery. Dan makanan tengahari tersebut disediakan dari Mamee Jonker House. Perut tengah lapar kan. So apalagi makan la.. Kami dihidangkan dengan nasi ayam Hainan, satey ayam serta kek yang sangat sedap.

Nasi kepal-kepal macam bola.. pestime tengok macam ni..

Sebelum beredar dari kilang aku ambil peluang snap di sini…

Pada petangnya pula dalam pukul 2, kami beredar terus ke Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Street Melaka. Tak pernah tahu plak aku yang Mamee ni ada restoran dia.. kalo tahu sebelum ni boleh lah singah dan cuba nasi ayam Hainan.. Almaklum la anak-anak suka makan Mamee Monster tu.. senang la mama nak beli..

Teruja jumpa mascot Mamee yang super duper cute.. alolololo

Aktiviti petang tu di Mamee Jonker House adalah Mamee Chef Colour My Cup… memang fun fun fun abis la.. setelah habiskan mewarna cup memasing dan cup tersebut diisi dengan mamee mee serta perasa yang dipilih sendiri oleh kita. Kira kali ni nampak lebih jelas di depan mata la. so excited… hehehhehe

Tadaaaa… cup yang aku hasilkan.. simple but nice..

Pantang nampak tempat cute mesti nak selfie jer.. ini mak budak ni.. kalo anak aku lagi happy tengok gambar Mamee Monster ni…

Selfie lagi di depan Mamee Jonker House bersama Umie & Fiza…


Sebelum balik aku sempat la beli beberapa produk Mamee untuk dibawa pulang bagi kat dedua hero kecik kat umah tu.. Terima kasih Mamee Chef atas goodies bag Mamee Chef yang banyak.. Boleh la aku rasa produk Mamee Chef lepas ni.. dan terima kasih tak terhingga kepada Nuffnang kerana buat event seperti begini. 

Untuk lebih lanjut boleh la klik Facebook Mamee Chef di http://facebook.com/mameechef 

#MAMEECHEFDAYOUT

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook