Tawaran Menarik Aplikasi Marrybrown Deals Harga Serendah RM2.90

1:15 PM

Assalamualaikum korang. Selamat Hari Raya! Raya tahun ni kan mengejut so semua preparation pun mengejut la kan hahaha. takper jangan risau bagi yang terkejut makan ketupat rendang lemang bagai tu apa kata kita tukar ke menu Marrybrown pula. Hahh ni mama nak sharing ada tawaran menarik di applikasi Marrybrown dengan harga serendah RM2.90 jer!! Iyer betul mama kalau bab harga tawaran menarik ni mama suka sharing dengan korang semua.


Macam mana mama tahu pasal tawaran applikasi Marrybrown ni sebab mama penggemar makanan Marrybrown tau. Kalau datang makan mesti mama akan makan bubur dia yang sedap tu. So, mama perasan ramai yang share pasal applikasi ni terus la mama donwload applikasi ni di telefon bimbit dan redeem di kaunter restoran Marrybrown yang berdekatan. Ada pelbagai tawaran menu ala carte dan set kombo dalam promosi Deals di apps Marrybrown ini untuk korang pilih.


Bagi pertama kali install applikasi Marrybrown ni korang akan dapat Percuma Seketul Marrybrown Crispy Chicken. Wah memang dapat jimat dan kenyang perut la kalau kita order macam-macam menu dekat applikasi Marrybrown ni. So, cepat korang install tau!.

Antara promosi untuk pembelian di applikasi Marrybrown ini adalah Potato Wedges, Onion Rings, Mushroom Soup, Chicken Nugget, Bubur Ayam, Kiddy Meals, 2x Boba Tea, Hotouch Burger Combo, Cheesy Burger + Cheesy Wedges dan Tower Burger Combo. Harga yang ditawarkan bermula dari RM2.90. Ini memang jimat betul!!



Cara nak redeem deals ni sangat mudah. First korang kena download apps Marrybrown di telefon bimbit korang tak kisah la Apps Store ke atau Google Playstore tau. Lepas dah install tu korang scroll la tengok menu yang korang nak makan di bahagian Deals. Kemudian tekan redeem dan cashier akan scan QR code dan bolehlah buat bayaran macam biasa. Untuk tawaran deal ni boleh jer nak makan dine in atau take away! Mudah sangat. 

Bukan itu sahaja, kelebihan menggunakankan aplikasi Marrybrown ni korang boleh mengumpul mata ganjaran untuk menebus pelbagai tawaran istimewa, tawaran hari lahir, membuat pesanan terus dari applikasi. Bagi setiap RM1 yang korang belanja di Marrybrown dan korang akan dapat 1 point mata ganjaran. 


Tengok la hasil mama redeem Deals melalui aplikasi Marrybrown ni. Oh ya untuk redeem ni memang tiada limit tebus tau so korang boleh jer nak tebus semua dalam deals bagi sekali transaksi pun boleh. Memang penuh meja la tapi bukan mama makan sorang-sorang yer. Mama belanja adik-adik office makan. Giler jimat makan banyak ni tak sampai RM50 pun!


Hahh tunggu apa lagi jom la download aplikasi Marrybrown ini sekarang dan jom grab promo Deals menarik sehingga diskaun 40%. Lepas ni mama nak belanja anak-anak pula makan dekat Marrybrown sebab semua menu makanan di Marrybrown sedap-sedap. Cepat download aplikasi Marrybrown sekarang!

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook