Cawangan Ke 5 LuLu Hypermarket Di Setia EcoHill Mall, Semenyih Kini Dibuka

7:25 PM

Pada 15 September 2022, LuLu Group telah membuka pasar raya kelima mereka di Setia EcoHill Mall Semenyih. Sebagai salah satu sebuah organisasi runcit terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara serta pembukaan LuLu Hypermarket di Semenyih ini sekaligus memberi kemudahan membeli-belah yang dapay memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 penduduk setempat.



Ingat lagi dulu kalau nak pi LuLu mesti kena pergi di Kuala Lumpur. Memang jauh sangat! Dengar kata LuLu akan buka di Semenyih mama memang sangat excited! Dari dulu sampai sekarang mama paling suka shoppinh di LuLu Hypermarket ni sebab semuanya ada di bawah satu bangunan. 

So, semasa pembukaan LuLu Hypermarket di EcoHill Mall Semenyih, mama berpeluang hadir untuk shopping barang menarik di sini. Dengan keluasan sekitar 36,000 kaki persegi bersama konsep reka bentuk ruang runcit terkini dapat memberi lebih kepuasan dan keselesaab kepada pelanggan yang datang berbelanja di LuLu.


Sepertimana yang kita boleh dapat lihat di mana-mana LuLu Hypermarket terdapat beberapa bahagian produk yang dikelaskan dan disusun dengan kemas bagi memudahkan pelanggan mencari dan membuat pilihan. 

Dibahagian bawah terdapat bahagian barangan dapur kering, basah seperti ayam, ikan, sayur, buah-buahan. Selain itu, turut terdapat barangan toileteries dan penjagaan diri, bakeri dan masakan panas. 

Sempena promosi pembukaan LuLu yang berlangsung dari 15 sehingga 18 September 2022 terdapat pelbagai harga yang ditawarkan cukup menarik dengan harga murah lagi berbaloi. Antara produk yang ditawarkan pada hari promosi sehingga 18 September 2022 seperti :

Maggi dengan harga RM3.49 hanya terhad kepas 2 pek setiap pelanggan

Minyak masak Alif 5kg dengan hanya RM33.50

Pencuci Detergent Top dengan harga RM18.75

Beras Sunflower Basmathi harga RM34.90 sahaja!

Yang paling menarik di LuLu ni adalah bahagian Hot Food. Dekat sini antara pilihan ramai pengunjung yang pengemar makanan panas seperti Nasi Arab, Beriani, Ayam Golek, dan banyak lagi. Memang rambang mata la kalau dah datang sini sebab harga murah dan yang penting sedap!

Selain itu, bagi pengemar rori boleh pergi ke bahagian Fresh Baked dimana terdapat roti, kek, pastri serta pelbagai manisan yang jual disini. Bagi yang tengah cari kunafa ke baklava ke semua ada tau!! 





Manakala di bahagian chiller terdapat pelbagai promosi menarik dan murah di sana. So korang boleh tengok harga promosi tawaran pembukaan. Memang harga dijamin murah!! Jangan lupa grab tawaran ini di sini.


Semasa pembukaan di bahagian barangan basah seperti ayam, ikan, daging, sayur menjadi tempat tarikan warga ibu-ibu. Masa inilah mereka nak dapatkan harga yang cukup murah untuk menjadi juadah seisi keluarga. Ikutkan hati mama memang nak grab tapi ramai sangat pengunjung sehingga berlaga troli terus mama pergi esoknya.



Dibahagian tingkat atas pula terdapat barangan elektrik dan elektronik, pelbagai baju dari bayi, kanak-kanak, baju wanita dan lelaki semua ada, barangan rumah, Lulu Fashion Store, Lulu Celebrate (saree dan lain-lain), Lulu Connect dan pelbagai lagi.




Yang paling dapat sambutan adalah di bahagian LuLu Connect dimana ia menawarkan peralatan barangan elektrik dan elektronik pelbagai jenama seperti Philips, Toshiba, Samsung, Haier, Sharp dan banyak lagi. Oh ya turut terdapat barangan gajet seperti telefon pintar, tab serta computer riba.

Harga promosi tawaran pembukaan blender Philips hanya RM95 sahaja!




Memang berbaloi-baloi sesiapa yang datang membeli belah semasa hari pembukaan LuLu kerana harga jauh lebih murah dari pasaran lain! Yang mama perasan rata-rata pelanggan tidak melepaskan peluang untuk dapatkan produk yang ditawarkan pada harga promosi.


Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi Pembukaan yang berlangsung dari 15 sehingga 18 September 2022 yang menawarkan pelbagai produk dengan harga yang cukup murah lagi berbaloi. Oh ya turut disediakan juga hadiah percuma untuk pelanggan awal dan ini juga menjadi tarikan utama pelanggan berpusu-pusu untuk hadir semasa pembukaan.

Pastinya LuLu Hypermarket menawarkan variasi pilihan produk berkualiti tinggi pada harga rwndah dibawah satu bumbung! Jom ke LuLu Hypermarket Setia EcoHill Mall, Semenyih!


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. LuLu punya sales time opening tak pernah menghampakan! 🔥🔥

    ReplyDelete

Like us on Facebook