Nutrisi utama dalam Eskayvie i-Qids yang perlu diambil oleh anak-anak untuk amalan pemakanan yang sihat demi perkembangan mereka.

7:14 AM

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak menjadi lebih terbaik agar mereka lebih berjaya dalam pembelajaran setiap hari. Tahukah anda, setiap anak-anak yang mengamalkan pemakanan yang sihat akan lebih cenderung untuk berjaya berikutan mereka lebih fokus dalam pembelajaran.

Yer, ia sangat terbukti bahawa setiap pengambilan makanan yang seimbang serta makan makanan yang berkhasiat dapat merangsang sel-sel otak anak-anak kita agar mereka dapat menguatkan memori dan daya ingatan.


Semenjak wabak Covid-19 melanda di seluruh dunia dan tak terkecuali Malaysia, anak-anak kita banyak sangat ketinggalan dalam proses pembelajaran meskipun telah digantikan dengan kelas online serta belajar depan computer atau tab. Ia sangat tidak bagus sebenarnya kerana mereka sukar untuk focus semasa belajar.  

Memori mereka juga menjadi lemah berikutan anak-anak cepat letih, lesu serta tidak aktif untuk focus belajar secara online. Semenjak pandemik, mama perasan pelajaran anak-anak semakin merosot dan mereka lebih cepat tantrum dan mahu ikut kemahuan mereka sendiri.

Selain itu, pemakanan anak-anak yang tidak terjaga juga mengakibatkan mereka tidak dapat nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Pemilihan makanan yang banyak terdedah dengan makanan segera, makanan proses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan tidak sihat menyebabkan nutrisi dalam pemakanan anak-anak kita kurang berkhasiat.

Malah mereka terpaksa berkurung dalam rumah serta tidak dapat melakukan aktiviti sihat seperti berjogging, menghirup udara segar dan bersosial dengan kawan-kawan adalah salah satu sebab tumbesaran mereka menjadi terbantut, tidak aktif dan kurang cergas.

Ramai yang suggest satu makanan tambahan atau booster untuk minda yang cergas iaitu Eskayvie-i-Qids. Eskayvie-i-Qids ini terdapat 6 bahan nutrisi utama khas untuk otak yang sihat dan minda yang cergas seperti:  
  • Phosphatidylserine (Serine)
  • Alpha Linolenic Acid (ALA)
  • 22 Buahan dan sayuran 
  • Moringa
  • Prebiotik
  • Multivitamin & mineral

Phosphatidylserine (Serine)

Sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!

Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individiu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.

Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.


Alpha-Linolenic Acid (ALA)

Ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.

Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semula jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan, namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya. Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil.


22 Ekstrak Buahan dan Sayuran

Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan?

Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut.

Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.

Moringa Oleifera 

Boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.

Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.

Khasiat moringa yang anda perlu tahu: 

• 3x zat besi berbanding bayam
• 4x kalsium berbanding susu
• 3x potassium berbanding pisang
• 7x vitamin C berbanding oren
• Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
• Menyokong kesihatan organ
• Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan


Prebiotik

Merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.

Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus. 

Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.


Kalau nak tahu, sebenarnya ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda. Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.

Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkap dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak. Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu.


Antara manfaat Eskayvie-i-Qids kepada anak-anak kita iaitu:-

1. Merangsang sel-sel otak untuk berhubung
2. Menguatkan memori dan daya ingatan
3. Meningkatkan fokus & daya tumpuan
4. Memperbaiki mood & mengurangkan stress
5. Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran
6. Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin dan mineral serta 22 jenis ekstrak buahan & sayuran
7. Menjaga kesihatan mata, tulang & gigi


Eskayvie-i-Qids ini diformulasi oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri. Produk ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dan sangat memberi manfaat kepada anak-anak kita. Ia mendapat pengesahan HALAL, selamat dan berkesan kepada anak-anak, dengan izin Allah. Ia mempunyai rasa coklat yang sedap serta mudah untuk diamalkan oleh anak-anak.

Cara pemakanan Eskayvie-i-Qids:

● Sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur dari 2 hingga 12 tahun
● Disyorkan untuk mengambil 1-2 biji sehari selepas waktu makan.
● Eskayvie-i-Qids adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air. Jadi ia rasa coklat lazat dan tak perlu risau ianya bukan ubat yang pahit.

Antara testimoni pengguna yang telah mengamalkan Eskayvie i-Qids ini.   




Sebagai seorang ibu mesti kita nak melihat anak-anak kita membesar dengan sihat dan cerdas bukan? 

Jadi, sebagai ibu bapa kita tak perlu bersusah payah mencari makanan berkhasiat untuk anak-anak lagi. Sebab dalam Eskayvie i-Qids terdapat Phosphatidylserine di mana ia sangat bagus meningkatkan memori dan pembelajaran mereka. Selain itu, ia juga dapat menyokong fungsi otak dan menajamkan minda serta membantu anak-anak untuk lebih fokus dalam pembelajaran. Mudah saja nak amalkan Eskayvie i-Qids. Hanya kunya-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat anak-anak kita.

Tablet Eskayvie i-Qids bukan sahaja sedap dan disukai kanak-kanak malah ia boleh membantu menguatkan daya ingatan mereka untuk lebih fokus semasa belajar di sekolah.

Oh ya, Eskayvie i-Qids ini merupakan mood booster yang boleh membantu tenangkan anak-anak yang kerap tantrum. Mereka lebih tenang dan relax selepas mengamalkan booster ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu ikhtiar dan cari penawar terbaik untuk anak-anak tersayang.

Bagi yang nak dapatkan makanan tambahan booster ini untuk anak-anak boleh la cuba. InsyaAllah, ia boleh menjadi penawar terbaik untuk anak-anak kita. Dengan mengamalkan Eskayvie i-Qids dapat memberi anak-anak lebih minat untuk belajar, minda mereka lebih cerdas dan mereka lebih mudah faham dalam pelajaran. Segala usaha dan ikhtiar kita hanya satu, untuk anak-anak kita berjaya di masa hadapan.

Harga percubaan Eskayvie i-Qids ini sebotol RM65.00 manakala harga best seller Eskayvie i-Qids beli 2 botol hanya RM110.00 sahaja dan jimat sehingga RM20.00. Sebotol Eskayvie i-Qids ini mampu bertahan selama sebulan dan sesuai untuk kanak-kanak dari umur 2 tahun ke atas.
 

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 


#EskayvieiQids #BoosterUntukMindaCerdas #EskayvieKitaIkhtiar


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook