'Ayam Hot-Ah' Pedas Menu CNY Di The Chicken Rice Shop

4:40 PM

Huat-ah! Tahun Baru Cina semakin hampir dan untuk meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Boleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023, menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan yang bakal tiba.


Dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat anda menyuarakan “Hot-Ah”! Sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang, TCRS telah menyediakan menu yang menampilkan tiga set yang berbeza untuk pilihan anda.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.


“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” kata Kah Yong.

Untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini.


“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami inging menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,” tambah Kah Yong.

Pelanggan yang menyertai cabaran ini bakal berpeluang memenangi baucar sedapZ The Chicken Rice Shop! Menarik kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Love,

/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Sedapnya.. Mmg favourite sangat makan kat sini.. Nasi ayam dia sedap. ayam pedas xpernah try.

    ReplyDelete

Like us on Facebook