CARINA 'We Care We Love' Produk Tisu Yang Berkualiti Untuk Seisi Keluarga!

9:28 AM

Setiap bulan benda paling wajib mama beli adalah tisu dapur, tisu kering, tisu basah, tisu tandas, putik kapas dan lain-lain lagi. Ini kerana kesemuanya adalah barang paling wajib yang sentiasa mama gunakan di rumah, dalam kereta, pejabat dan dimana-mana sahaja. Demi menjaga kebersihan mama pilihlah jenama Carina.


Untuk pengetahuan semua, Carina ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan pengeluar tisu pertama di Malaysia. Tisu Carina ini dihasilkan dengan menggunakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli dimana ia dapat memberikan keselesaan kepada semua pengguna.

Kesemua produk Carina ini tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula serta ia sangat lembut pada kulit dan tahan lasak. Ini kerana produk Carina menjadi kegemaran semua kerana tisu ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensetif. Carina ini juga mesra alam sekitar kerana ia larut dalam air malah dapat melindungi alam sekitar dari tercemar.


Dengan menggalakan kita untuk menjaga kebersihan diri, Carina menganjurkan kempen "We Care We Love" dimana korang hanya perlu membeli produk Carina dan menyertai contest serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

Bertemakan kempen Carina "We Care We Love", Carina :-
  • Menggalakkan betapa pentingnya kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
  • Memelihara dan menjaga kulit dengan menggunakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran 
Setiap bulan memang mama peruntukkan belanja seperti tisu kering dan tisu basah untuk kegunaan seisi keluarga. Antara 4 siri rangkaian produk Carina ialah :-

1) Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif. Tisu kering ini terdiri daripada :
  • CARINA Handkerchief Tissue
  • CARINA Wallet Tissue
  • CARINA Box Tissue

Tisu kering Carina ni memang wajib ada di dalam rumah dan di dalam beg. Mama kerap menggunakan tisu kering Carina untuk mengelap tangan, mulut, mengelap peluh muka. Pembungkusan sederhana Carina Handkerchief Tissue menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian.


Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan trend masa kini, juga membolehkan kita menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet seharian. Tengok  la saiz yang leper dan kecil, muat dimasukkan di dalam beg dan di bawa ke mana sahaja. penting ye jaga kebersihan di mana sahaja kita berada.

2) Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Mengandungi ekstrak Aloevera dan Vitamin E di mana dapat melembutkan kulit. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Ada dua jenis tisu basah Carina iaitu 
  • CARINA Wet Wipes
  • CARINA Antibacterial Wipes

Benda yang kerap mama guna wet wipes ni bukan sahaja untuk lap muka, tangan anak jer malah baran-barang mainan anak pun mama kerap lap tau. Kadang tu mama nak cuci mekap pun mama guna jer wet wipes ni memang mudah tanggal mekap mama ni. Senang sangat!


Manakala siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.

Terdiri daripada :
  • CARINA Facial Cotton
  • CARINA Cotton Bud
Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.


Kapas muka ni memang benda paling wajib mama ada dan guna setiap hari. Mama kan sejenis mekap setiap hari jadi kapas muka ni mama gunakan untuk sapuan toner pada wajah dan cuci mekap selepas balik dari kerja. Kapas muka Carina ni tak mudah koyak dan tebal tau. Oh ya yang penting tak pedihkan muka. 


3) Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.


4) Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.



Carina Gift Box

Carina memperkenalkan Carina Gift Box, di mana di dalamnya mengandungi :
  • CARINA Facial Cotton 160's
  • CARINA Box Tissue 90's
  • CARINA Handkerchief Tissue
  • CARINA Cotton Buds 400 tips
  • CARINA Wallet Tissue
  • CARINA Antibacterial Wipes 70's
  • CARINA Cotton Bud 480's
  • CARINA Wet Wipes 30's
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  • Review & Win campaign flyer
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG
Bersempena dengan kempen #WeCareWeLove, Carina telah memperkenalkan Carina Gift Box yang didatangkan dalam pek esklusif. Ianya lebih jimat dan berbaloi. Sesuai dibeli untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada orang tersayang. Ditawarkan pada harga RM29.90 sahaja (harga asal RM35)

Korang boleh dapatkan Carina Gift Box di
  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka
  • Platform membeli atas talian

Untuk pengetahuan korang, Carina Kitchen dan Carina Limited Edition Bag TIDAK termasuk dalam Carina Gift Box Set. 

- Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)
- Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)


CARINA Review & *WIN (*T&C apply) 


Seramai 100 pemenang akan dipilih untuk memenangi 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan dengan jumlah bernilai RM 150 / Pemenang

Cara MENYERTAI:
  1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok 
  2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok
  3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum). 
Tempoh kempen: bermula SEKARANG sehingga 30 April 2023

*Terma & Syarat:

#300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Pihak Carina akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook Carina bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!

Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Dapatkan produk Carina Sekarang!!


Mudah sahaja untuk dapatkan produk Carina. Tisu Carina boleh didapati di pasaraya mahupun atas talian (Online).
Aeon Big,
Aeon Wellness,
Econsave,
Mydin,
NSK,
Ascen+ Pharmacy,
MiX Store,
PotBoy Groceries,
C-Mart Penang, Kedah, Perlis
Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
Family Stores Seremban
Family Stores Melaka
Oppa Mart Melaka & Seremban
Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
Target Supermarket Johor
Song Mart Malaysia Johor
Pasaraya Hwa Thai Johor


Korang juga boleh dapatkan Carina di platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah korang! Memang sangat mudah untuk membuat pembelian melalui Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.
#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Love,

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook