The Indulgence Kembali Hanya Di Coolblog

7:48 PM

Minuman Coolblog ni antara minuman viral juga la bagi anak muda masa kini. Mama sendiri pun kalau teringin nak minum mesti beli Coolblog. Tapi semenjak dah berumur ni minuman Coolblog tetap minum tapi ada masa-masa tertentu. Oh ya kepada peminat Coolblog, bermula dari 13 April 2023, Coolblog memperkenalkan siri minuman edisi terhad iaitu The Indulgence kembali kepada orang ramai.


Kalau sesiapa yang tahu Coolblog bukan sahaja menjual air minuman terkini. Malah kali ini Coolblog banyak keluarkan inspirasi dari citarasa tempatan dan antarabangsa dengan menu tebaru iaitu The Indulgence. Menu terbaik The Indulgence seperti Triple Coffee Indulgence, Choctiramisu Indulgence, Lattecino Indulgence dan menu baharu iaitu Cream & Cookies Indulgence yang dihiasi dengan sos karamel, mousse keju dan Lotus Biscoff!


Bagi yang belum tahu pasal Coolblog ni, bukan hanya ada air minuman sahaja malah Coolblog juga malah turut memperkenalkan kombo Caramelicious iaitu wafel dengan sapuan karamel masin (salted caramel) pada harga bermula RM7.90 dan popcorn karamel yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Gabungan kedua ini cukup sempurna!


Harga-harga air minuman Lattecino Indulgence boleh didapati pada harga RM9.90 untuk 500ml, Choctiramisu Indulgence dan Cream & Cookies Indulgence pada harga bermula RM10.90 untuk 500ml, RM11.90 untuk 700ml dan Triple Indulgence pada harga bermula RM10.90 untuk 700ml.


Bagi pendapat mama of coz la mama suka gabungan kopi dan sos karamel masin dalam Triple Coffee Indulgence. Rasa gabungan pahit masin sangat mengena dan takder rasa yang pelik pun. Untuk minuman The Indulgence ini boleh juga makan dengan wafel bersama rakan dan keluarga di masa lapang.

Korang boleh dapatkan The Indulgence ini di Coolblog berdekatan atau pesan sahaja minuman Coolblog ini melalui perkhidmatan penghantaran makanan e-hailing seperti foodpanda, Grab Food dan Shopee Food dan korang hanya tunggu di depan pintu rumah korang. Jangan lupa follow social media Coolblog di Facebook dan juga Instagram untuk info terkini.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook