Resepi Noxxa

Kek Marble Noxxa

11:11 AM

Gara-gara partnership business aku ni lah duk kempunan teringat kek marble abg Wira (suami kak Ida) yang buat tempoh hari tu membuatkan aku pun turut terjebak teringat.. nak suruh abg wira buat malu wehh.. laki pandai masak.. yang perempuan tahu makan jer.. hahahah.. so scroll kat group noxxa ada orang share resepi.. aku pun apa lagi try nak buat la.. bahan2 semua ada jer ni so ketung kentang lah buat kek marble.. ntah jadi ntah tidak wallahualam.. bedasah lah.. asalkan rasa macam ala2 kek marble yer.. dek kerana malas nak bakar dlm oven kita bikin dalam noxxa.. steam 25 minit jer.. apa lagi jom kita tengok bahan2nya... 

Bahan-bahannya :-
* 3 biji telur gred A
* 1 cawan gula
* 1 cawan minyak
* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu teh baking powder
* 2 sudu besar susu pekat manis
* 1 sudu teh esen vanilla 
* 1 sudu besar serbuk koko (cairkan dengan 2 sudu air panas)

Cara-caranya :- 

- Blend telur, minyak, gula, esen vanilla dan susu.

- Ayak tepung gandum bersama baking powder.

Tuang bahan yang diblend tadi ke dalam bekas dan sebatikan dengan tepung gandum mengunakan spatula atau sudip kayu sahaja.

Bahagikan kepada 2 bahagian dan campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko yang telah dicairkan tadi.

Tuangkan adunan berselang seli ke dalaminner pot yang telah disapu dengan butter. Corakkan ikut kesukaan anda dengan menggunakan lidi or chopstik. Tutup penutup periuk noxxa dan steamkan selama 25 minit.

Setelah siap biarkan kek marbe sejuk & boleh la dikeluarkan dari noxxa.
Tadaaa Kek Marble Noxxa...

Credit thanks to Sis Anita Sujak

Selamat Mencuba...


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook