Watsons memulakan kempennya bagi Ramadan dan Aidilfitri
2018 dengan menyeru warga Malaysia supaya menyemai budaya amalan mulia melalui
perkongsian perbuatan baik hati yang mereka perhatikan di sekeliling mereka. Menerusi
kempen #MisiIkhlasAidilfitri, Watsons berhasrat untuk menggalakkan sikap positif dan
menonjolkan kebaikan serta keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia setiap hari.
Pada masa yang sama, Watsons Malaysia akan menyalurkan sumbangan kepada Pusat
Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’
#MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia sepanjang kempen berlangsung.
Kempen #MisiIkhlasAidilfitri yang diadakan daripada 15 Mei hingga 2 Julai 2018, menyeru agar
rakyat negara ini berkongsi amalan mulia yang dilihat mahupun didengari mereka, di laman
Facebook atau Instagram dengan menggunakan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan
#WatsonsMalaysia. Watsons Malaysia akan menyumbangkan 200 mata ganjaran (bersamaan
dengan RM1) kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap
penggunaan ‘hashtag’. Sumbangan tersebut akan membolehkan organisasi amal itu membeli
barangan daripada rangkaian Watsons, merangkumi kelengkapan penjagaan diri hingga ke
ubat-ubatan dan vitamin, bagi memenuhi keperluan warga emas yang menghuni rumah
kebajikan itu.
“Pada bulan Ramadan yang merupakan bulan paling mulia dalam kalendar Islam, pada masa inilah penganut agama Islam memperkukuhkan kerohanian diri dan meningkatkan amal kebajikan. Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, kami mahu menghargai setiap amalan mulia yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di media sosial di samping menyebarkan semangat positif. Dengan menonjolkan usaha murni yang ikhlas ini, kami mahu berkongsi kegembiraan yang dirasai ketika melakukan amalan baik dan merapatkan hubungan masyarakat dalam dunia ini di mana jurang antara insan semakin melebar,” ujar Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara bagi Watsons Malaysia.
#MisiIkhlasAidilfitri merupakan usaha yang julung-julung kali diadakan oleh Watsons Malaysia yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia bagi meraikan semangat bulan yang mulia ini. “Menerusi kempen ini, kami ingin menunjukkan bahawa tiada individu, mesej mahupun kisah terlalu kecil untuk membawa perubahan. Melalui kempen ini juga, kami meminta orang ramai berkongsi mesej-mesej di media sosial yang memaklumkan, memberi ilham dan mewujudkan kesedaran yang mampu membawa perubahan sosial dan meningkatkan semangat kita semua. Kami mahu rakyat Malaysia berasa hebat, selain penampilan diri yang menarik bersama Watsons Malaysia pada bulan Ramadan ini,” tambah Loh.
Love,“Pada bulan Ramadan yang merupakan bulan paling mulia dalam kalendar Islam, pada masa inilah penganut agama Islam memperkukuhkan kerohanian diri dan meningkatkan amal kebajikan. Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, kami mahu menghargai setiap amalan mulia yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di media sosial di samping menyebarkan semangat positif. Dengan menonjolkan usaha murni yang ikhlas ini, kami mahu berkongsi kegembiraan yang dirasai ketika melakukan amalan baik dan merapatkan hubungan masyarakat dalam dunia ini di mana jurang antara insan semakin melebar,” ujar Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara bagi Watsons Malaysia.
#MisiIkhlasAidilfitri merupakan usaha yang julung-julung kali diadakan oleh Watsons Malaysia yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia bagi meraikan semangat bulan yang mulia ini. “Menerusi kempen ini, kami ingin menunjukkan bahawa tiada individu, mesej mahupun kisah terlalu kecil untuk membawa perubahan. Melalui kempen ini juga, kami meminta orang ramai berkongsi mesej-mesej di media sosial yang memaklumkan, memberi ilham dan mewujudkan kesedaran yang mampu membawa perubahan sosial dan meningkatkan semangat kita semua. Kami mahu rakyat Malaysia berasa hebat, selain penampilan diri yang menarik bersama Watsons Malaysia pada bulan Ramadan ini,” tambah Loh.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons ini, sila layari :-
Website : www.watsons.com.my/promo-misiikhlas
Facebook : www.facebook.com/watsonsmalaysia
Instagram
: www.instagram.com/watsonsmy