Press Release

Kenikmatan Raya Bersama Kimball Dan Selebriti Cef Fikree Aznan

3:52 AM

Rumah terbuka Hari Raya merupakan satu sambutan perayaan meriah yang pasti dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai bukan sahaja untuk menjamu hidangan yang disediakan tetapi juga untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim. Akan tetapi, ramai mungkin menghadapi stres apabila hendak merancang majlis rumah terbuka, daripada memilih barang hiasan rumah, membeli baju Raya untuk ahli keluarga kepada perancangan menu rumah terbuka.


Alangkah indah jika pada tahun ini, anda tidak perlu bersusah payah merancang atau berbelanja untuk menganjurkan majlis terbuka untuk sanak saudara dan sahabat handai, dan beraya bersama selebriti cef?

Sempena kempen Kimball yang bertema ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, Kimball sedang menganjurkan satu peraduan bersama selebriti Cef Fikree Aznan untuk membawakan Jamuan Raya Kimball ke kediaman dua pengguna Kimball yang bertuah. Antara resipi-resipi yang akan disajikan ialah Gado-Gado Raya Kimball, Kurma Ayam dan Sayur Kimball bersama Nasi Tomato Kacang Kuda Kimball dan Kek Kurma Kimball yang boleh disaji untuk 10 orang.


Sebagai tanda penghargaan Kimball kepada pengguna setianya, dua pemenang hadiah utama juga akan menerima hamper barangan Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu. Terdapat juga hamper Tupperware bernilai RM268 untuk 50 lagi pemenang saguhati.

Untuk menyertai peraduan ini, korang hanya perlu :
  • Membeli produk Kimball bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit
  • Jawab satu soalan mudah 
  • Hantarkan jawapan anda bersama butiran peribadi melalui Whatsapp ke +6016-454 7909. 
Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Cepat, sertai peraduan ini sebelum tarikh tutupnya pada 10 Jun 2018.

Untuk informasi lanjut serta terma dan syarat peraduan Kimball ini, sila layari laman web Kimball di www.kimball.com.my atau Facebook Kimball di www.facebook.com/KimballMalaysia

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook