Press Release

Bio-Oil Malaysia | #sheisremarkable #iamremarkable

2:21 AM

Bio-Oil Malaysia meraikan hari ibu pada Mei dengan kempen bertajuk #sheisremarkable. Kempen Bio-Oil, sepanjang 2018, #iamremarkable meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna seperti mempunyai bayi dan mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.


Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia mengimbau kembali kenangan ketika dia hamil dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.

Kempen ini diikuti dengan peraduan Facebook dan peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Sebelas pasang produk Bio-Oil menanti anda bersempena dengan ulang tahun ke 11 Bio-Oil di Malaysia.


Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun dan dengan pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan makeover di studio istimewa untuk anda dan orang tersayang. Perjalanan kami sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.

#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.


"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui. Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Bio Oil Malaysia www.bio-oil.com/my-en

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook